strive!

strive!
Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu; tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya.” (riwayat al-Tirmizi)

Sunday, 26 December 2010

Penting Untuk Kita Faham

Bismillah...mga dengan petunjuk Allah..

assalamualaikum...

buat post kali ini,ana ingin brkongsi tentg tarbiyyah..jalan tarbiyyah yg sebenar yang sepatutnya kita ambil sebagai jln hidup kita...pntg untuk kita faham,untuk kita dalami,untuk kita amlkan...agar kerinduan kita pada daulah islamiyyah yg sbnar akn mnjadi realiti..ianya brmula dengan individu...dgn diri kita sendiri...

Oleh itu wajib untuk kita mulakan dengan diri kita, duduklah bersama jamaah yang melakukan tarbiyyah, ikatkan diri kita dengan tarbiyyah, pastikan dimana pun kita berada wujud pada diri kita tiga perkara yg bakal ditrgkn pda p0st yg ditiip oleh salah seorang ikhwah di bawah ini...

http://sehijaupadi.blogspot.com/ 

Penting Untuk Kita Faham

oleh Habib Abdul Fisol pada pada 27hb November 2010 pukul 10.07 ptg
Bismillah…

“Tika pagi, sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran, dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding, dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul tiga pagi. Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Mudassir sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil, lagi kulihat Ammar dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil, keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur, mulutnya kumat-kamit, kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang Ammar baca tu, sesekali agak keras suaranya, Subhanallah, Ammar sedang berzikir dan istiqfar dengan tangisan mungkin kerana terkenangkan dosa-dosanya dan mengharapkan keampunan Allah…”

Satu persoalan : Apakah yang akan anda rasa ketika anda terjaga pada jam 3 pagi dan melihatkan suasana sebegitu ?
  • Tidur balik
  • Merasa pelik dan hanya terus melihat dengan penuh kehairanan
  • Rasa bersemangat untuk sama-sama menghidupkan malam itu
Begitulah pentingnya biah(suasana) dalam mempengaruhi kehidupan seharian, tapi kadang-kadang perkara ini terlalu kita ambil mudah dan terus hanyut dalam suasana yang tidak membantu untuk menguatkan iman. Samada dua bagi orang yang tegas dalam hal ini, pertama dia akan wujudkan biah solehah di tempatnya, kalaupun tidak mampu dia akan pindah atau hijrah ke tempat yang ada biah solehah bersama-sama sahabat yang soleh.

................................................................................................................................................

Dunia islam kini membuktikan bahawa penganut-penganutnya yang berpecah-belah dan saling bertelingkah, semuanya kerana kefahaman yang berbeza terhadap agama ini dan wasilah pelaksanaannya, masing-masing asyik dengan agenda perjuangannya sendiri. Ada yang titik berat kepada da’wah pembinaan pemuda saja, yang lain memberantas kemungkaran. Ada yang memerangi bid’ah dan khurafat saja, yang lain sibuk dengan amal shalih dan wirid-wiridnya, dan seterusnya. Mereka seperti orang buta yang sedang mendeskripsikan gajah. Ada yang mengatakan gajah itu tinggi seperti pohon kelapa, sebab yang ia pegang adalah kakinya. Yang lain membantah, gajah itu seperti ular, sebab ia mememgang belalainya. Yang lain juga membantah, gajah itu seperti gentong besar, sebab ia memegang perutnya. Yang lain ikut membantah, gajah itu seperti kipas, tipis dan lebar, sebab ia memegang telinganya.

Dalam masalah ini menuntut kita supaya memahami islam secara menyeluruh dan bagaimana ingin berkomunikasi dengan orang atau kumpulan yang berbeza pendapat dan kefahaman dengan kita, secara mudahnya kita perlu mencari ilmu dan kefahaman, untuk mendapatkan kepentingan ini perlu wujud murabbi(pendidik) dan mutarabbi(orang yang didik), mutarabbi itu adalah diri kita, kita perlu memberi segalanya yang ada pada diri kita untuk mendapatkan kehafaman tersebut, disitu menuntut pada diri kita pengorbanan, ketaatan, disiplin dan kesungguhan.

Untuk memahami islam, tidak lain dan tidak bukan kita perlu memahami Al-Quran dan Hadis. Inilah manhaj dalam kehidupan kita dan inilah silibus utama yang akan digunakan oleh murabbi kita dalam mentarbiyyah diri kita.
Penulis tidak mahu menulis panjang-panjang agar pembaca selesa dan semangat untuk menghabiskan bacaan, secara mudahnya penulis simpulkan, untuk menjadikan diri kita seorang yang benar-benar memahami islam sekaligus mengamalkannya, kita perlu memastikan pada diri kita wujud 3 perkara asas ini walau dimana kita berada, adapun kita berpindah ke tempat lain ia akan terus berkesinambungan :

1.      Ilmu dan kefahaman (ada murabbi dan mutarabbi)
2.      Manhaj
3.      Biah solehah

Wallahu’alam, semoga pembaca mendapat kefahamannya dan mencari untuk kehidupan pembaca.

Ibnmisr91
Kaherah, Mesir

mdah mdahan kita dapat ambil iktibar bersama....an sndiri pun masih baru dalam dunia tarbiyah..dan bertekad ingin serius dalam melaluinya..insyaAllah...dan kita semua perlu memilihnya..kerana inilah jalan nabi dan para sahabat yang sdh trbukti dimuliakn...ayuh...!!kita selusuri smbil beramal...

Wednesday, 8 December 2010

HUKUM PEREMPUAN MELETAKKAN GAMBAR DI LAMAN2

Assalamualaikum...ikhwah wa akhwat...may ALLAH bless us...kli ini an nak share apa yang ana dapat dari n0tes shbat kita di facebook...tntg hukum wanita mltakkn gmbar2 di laman2...an juga bru sedar yang an buat ini slah..mltakkn gmbar2 sahabt2 an..jadi,ana nk share for mke sure yg shbat sklian jga tak buat bnda ni...syukrn kepada yg tegur ana...may ALLAH bless you...brsmalah kita brhijrah menuju perubahan..insyaALLAH...

hukum perempuan meletakkan gambar di laman2

oleh Naim Sallam pada pada 23hb November 2010 pukul 2.22 ptg
Salam
apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat…. Yellow Confused
asifsyukran kathiranjawapan:

Bismillahi wal hamdulillah 
Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan. 
Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat. 
Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya. 
Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut…..Allahu A’alam.. 

Tuesday, 30 November 2010

GAMBAR MUSLIMAHKAH ITU..???

Ehem, Gambar Muslimahkah Itu?

alt
Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.
Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."
Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..
Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.
Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!
Jalan Penyelesaian?
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.
Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
Selamat bermujahadah sahabat muslimahku!

Friday, 19 November 2010

BiCaRa KaKaNdAkU yAnG PNuH HiKmAh...

dear amni..

la tahzan wa la takhouf,innalah ha ma`ana..

rintangan pasti melanda,jgn undur walau selangkah..

allah xpandang HASIL tp allah pandang USAHA..

..ingt,prjuangn masih pnjg,rintngn psti mlnda,jgn undur walau slangkh ukhti

 amni,allah sedang mentarbiyah diri amni..amni,manusia sring mahukn yg trbaik drpd allah,namun apakah amaln terbaik yg kita lakukn deminya..amni,kita sma2 plukn kekautn mcm kak jugak lemah benar..tp amni ingt,allah sntiasa ada,dia ada...adulh apa kpdnya..amni,,,,kuat..innalaha ma`ana..
 
ukhti,,sesungguhnya,hanyalah kpd allah aku mengadukn kesusahan dan kesedihanku..yusuf 86
 
 TIADA SAPA YG MENGHALANG KITA UNTK BERSAMANYA..KERANA DIALH PENCIPTA..DIA YG MEMAHAMI KITA...DIA YG MENGERTI AMNI..BNYKKAN ISTIGHAR..AMNI..ALLAH SHJ YG FAHAM KITA..INGT,ALLAH SNGT SYGKN KITA MELEBIHI SYGNYA IBU AYAH KITA TERHADAP KITA..INGT AMNI
 
 AMNI,INGT,KEMBALI KDPNYA..DIA SNTIASA ADA..SNTIASA MENANTI RAYUANK TAUBAT KITA..INGT,ALLAH MAHA PNGMPUN AMNI...

RiNtIhAn KaKaNdAkU YaNg mLuNtUr diRiKu UnTuK TuRuT MeNaGiH CiNtAnYa...

cukuplah bagiku...

kemuliaan allah...

tiada di hatiku,selain allah..

cahaya yg terpuji..

diselawatkan allah...

tiada tuhan selain allah..

ya allah..kuatknlh pendirianku...

beriknlah hambamu ini ketabahan dan kekuatan serta kesabaran dlm menongkah erti hidup di bumi barakahmu..

hambamu yakin,janjimu benar...

jauhkanlah hambamu drpd perkara yg boleh menjerumusknku ke dlm lubang neraka..

dan hampirilah hambamu ini kepada perkara yg boleh menempah diriku ke syurga...

engkaulah penjagaku di dunia dan akhirat..

cintamu sunyi....namun itulah hakiki...

"ya rabbi...segala kemahuan yg tidak dpt kugenggami..

aku yakin bhw kau telah menangguhknnya..

kelak suatu hari aku pasti merasai nikmat yg kau janjikan..

mungkin tidak di dunia,namun di akhirat kelak...

allah...aku menagih cintamu..

biarpun diri ini seringkali alpha drpd mengingatimu...

BiCaRa kAkAnDaKu uNtUk kU KmBaLi kE jALAnNYA...

Duhai sahabat...

Cinta itu di dalam hati...

kita mempunyai sebuah rumah...

Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...

Ada yang baik dan ada yang buruk.

...Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,

kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,

diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN

bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.

Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...

Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...

Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,

merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu

sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...

Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,

mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...

Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...

Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...

Apa yang akan kau lakukan ???

menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???

Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,

dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...

Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???

Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...

Beritahulah kepadanya... :

Maafkan aku...

Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...

Kerana...

Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...

Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,

yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...

kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...

Agar hilanglah gelisahmu,

reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang

warna-warna IMAN yang indah berseri...

Terang dan menerangi...

Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...

Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku

dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???

Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..

... Sungguh cinta itu indah,

Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...

Tetapi bagi pelajar macam kita ???

Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...

Yang sentiasa mencintaimu,

memeliharamu dan mengasihimu...

Saat mereka bertanya...

Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...

Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,

memeliharaku dalam rahim bondaku,

kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...

Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...

Dan mengukuhkan tulangku...

Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...

Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...

Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...

Hidup dan matiku.......

Segalanya untukNya........

BiCaRa kEpULAnGaNkU kE pAnGkUanNYA.....

Insha Allah Lyrics

Inshallah Lyrics

By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost

That your so alone

All you is see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake

You feel you can’t repent

And that its way too late

Your’re so confused, wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah

He’s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray

You’re the only one that showed me the way,

Showed me the way x2

Insyaallah x3

Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, 16 November 2010

DiArI sEoRaNg MuSLImAh...

BISMILAHIRAHMANIRRAHIM...

Ya Haiyyu Ya Qaiyyum...
Di malam yang dingin ini,aku ingin mengadu kepadaMu,
kepada siapa lagi ingin aku luahkan perasaan ini selain Engkau yang memiliki jiwa ini.

Sesungguhnya tudaklah terhitung syukurku kepadaMu dengan nikmat yang melimpah ruah yang Engkau berikan..Aku bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita yang padanya punya keindahan dan kelembutan.

Namun,menjaga nikmat wanita ini amatlah berat bagiku.Sesungguhnya tiadalah day aku melainkan dengan rahmatMu.

Ya Rabbi...

Amatlah berat bagiku untuk memikul beban perintahMu..
Aku "terpaksa" melabuhkan tudungku,tatkala yang lainnya "menggayakan" dengan berbagai2 cara pakaian yang mendtngkn murkaMu.

Aku "terpaksa" memakai baju yang menyembunyikan perhiasan tubuhku,tatkala yang lainnya "menayangkan" kepada kaum Adam sebagai santapan.

Aku "terpaksa" menjaga hubunganku dengan lelaki yang bukan muhrim dari segi percakapan dan tingkahlaku,tatkala ynag lainnya bergurau senda,bersentuhan,bagaikan tiada lagi maruah dan harga diri...

Ya Rahman...

Sesungguhnya aku berasa sungguh asing sekali apabila aku menjalankan perintahMu.Mereka mencemuh aku dan memandang rendah kepadaku.Lalu,aku teringatkan pesanMu:

Akan tiba suatu masa pada manusia,dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya,ibarat orang yang menggengam bara api."(Hr. Tarmizi)

Aku menangis setiap kali mengenangkan peristiwa ini.Tetapi kini aku sedar,bahawa apa yang aku harapkan hanyalah cinta agungMu dan moga aku bertemu Rasulullah dalam keadaan aku menjadi diantara ummatnya yang taat di syurgaMu yang penuh dengan nikmat...

TEMPAT: DI TIKAR SEJADAH KAMARKU
MASA:KETIKA MEREKA LAIN SEDANG TIDUR
TARIKH:1 RAMADHAN 1431

~ Moga diari kita wahai akhawati mahbub seperti ini...ayuh kita teguhkan iman,mantapkan taqwa,mudah2an mujahadah kita istiqamah di jalanNya...

Friday, 12 November 2010

Warkah ke syurga

 ayuh..!!hayati seketika video yang sangat bermakna ini...sangat menusuk kalbu...luangkanlah masa seketika untuk bermuhasabah diri kita...

Bicara Cinta

 ayuh...play this!!video ini juga sangat harus untuk ditonton dan dihayati...akn membuahkan keinsafan yang didambakn...mga ia menjadi wasilah tarbiyyah buat diri kita bersama..

Mawaddah - Airmataku

Friday, 29 October 2010

Attention to all MUSLIM...!!!

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah
ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk
matematik seperti E-904, E-141. Pada awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA."

Jawapan tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia
kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk
daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak
tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian
rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah
memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap
produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan
dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke
negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit
perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan
lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi
terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan
tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan
Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian
menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang
hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak
mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-
INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi
[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)].
oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak
terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni
hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa
terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan
mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Durani - Wanita

Mentari hidup....-terjemahan bicara hatiku-

kala senja itu tiba..
ku termenung sendirian..
terasa diriku ini jauh dari rahmat tuhan...
dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran..
masih adakah untukku keampunan...

gelap rasa dunia ini
tanpa cahaya ilahi
baru kini ku sedari
jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup
melempar hatiku ini
ke lembah kehinaan..

dalam kegelapan itu
terbit cahaya dari Mumemandu hambaMu  menuju iman
menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran..

Kau terangi jalanku
menuju syurgaMu..
dan Kau tunjuki dengan hidayahMu..
hanyalah kepadaMu
ku hambakan diri mohon keampunan...

Wahai Yang Maha Pengasih
bantulah hambaMu ini..
yang kian terumbang ambing di dalam arus duniawi
ku berdoa kepadamu
memohon limpah rahmatMu..
mentari hidupku kan bersinar kembali..

Saturday, 16 October 2010

luahan hati buat seorang ustazah...(luahan hati seorang sahabat yg sedang menuntut di ipta tempatan)

oleh Afnan Khumaira pada pada 11hb Oktober 2010 pukul 4.20 ptg

Kenapa yang dinamakan ustazah itu..menyuruh kami menukar penampilan dr bertudung labuh ke tudung 'Arini'katanya 'kamu di bidang engineering tak sesuai''susah utk mendapat pekerjaan'kenapa begitu ye ustazah?tidakkah ustazah tahu tudung tu singkat?bukan saja singkat,malah melekat itukah tuntutan syarak?

duhai ustazah..ustazah sepatutnya membela kami menjaga kami agar kami tidak terpesong tapi sebaliknya yg sedemikian terjadi bukankah tuntutan syarak itu memakai pakaian longgar memakai tudung yang labuh dan menutupi paras dada?seperti yang telah tercatat dalam kalamNYA tidak kiralah bidang perguruan ke,doktor ke,bahkan engineering sekalipun bukannya kami tidak tahu perkara ini telah dibahaskan oleh para penceramah2 hebat kami tahu bila masa kami kena pakai pakaian yang bersesuaian bila pergi ke tapak projek,atau panjat tiang contohnya,kami takkan pakai jubah atau baju kurung kami akan pakai seluar,tp seluar yg macamana?seluar yg masih bertepatan dengan kehendak hukum begitu juga dalam soal tudung harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan

Kenapa yang dinamakan ustazah itu...mengesyorkan kami,atau menggalakkan kami utk ber'couple'kononnya kena cari waktu belajar,nanti susah nak dapat jodohbenarkah begitu ye ustazah?tiada pula kami jumpa dalam ayat2 Allah dan hadith2 baginda syarat utk berkahwin,perlu ber'couple' terlebih dahulu mungkin niat ustazah baik tapi ustazah,matlamat tidak menghalalkan cara yang haram tetap haram,yang batil tetap batil ustazah bukan tidak tahu,bila kami couple apa yg akan jadi?sudah semestinya kami asyik berjumpa dengan pasangan kami tentunya kami akan saling merindui paling confirm, dalam solat kami mesti terbayang wajah si dia ustazah mahukah kami begitu?lainlah kalau ustazah bagitahu kami'ada orang mintak tolong ustazah,carikan bakal ISTERI,kalo kamu bersedia,boleh ustazah kenalkan'bukannya 'eh tak boleh mcmni,ko kena cari time bljr ni,kalo tak, membujang la ko sampai ke tua'takpun 'ha,bwk 'dia' datang jumpa ustazah' (kononya nak tilik serasi ke tak)

wahai ustazahku..tidak kah semua tu mengundang bahaya?bila ada pelajar yang mengandung anak luar nikah,semua orang menunding jari salahkan pelajar itu sedangkan kami telah dicorak sebegitu

ustazah..bukan kami tak mahu menerima nasihat ustazah untuk mencari 'seseorang' semasa waktu belajar tapi kami takut..kami takut seandainya masjid yang kami bina dengan pasangan kami,tidak mendapat redha Allah takut pincang di tengah jalan takut lahir zuriat yang tidak soleh dan solehah takut lahir zuriat yg takut utk berjuang di jalan Allah

ustazah..kami sangat yakin,masih ramai muslimin yg baik2..dan solehyg tidak meletakkan syarat utk ber'couple' sebelum nikah itulah yg kami mahukan muslimin yang meletakkan Allah dihadapannya muslimin yang mengikuti sunnah Baginda .muslimin yang menjadikan syahid sbg matlamat utamanya muslimin acuan Al-Quran..bukan seperti lelaki yg suka 'usha' perempuan bukan lelaki yg bila kedengaran azan,masih melepak,masih bersama dgn pasangannya bukan lelaki yg liat utk ke majlis agama bukan lelaki yg cintakan dunia .harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...

Kenapa yang dinamakan ustazah itu...menyokong utk mengadakan konsert di kampus?bukan konsert nasyid tapi konsert rockyela..rock la tu kalo dah jemput kumpulan meet uncle hussain ada juga pelajar2 tubuh band masing2 kata ustazah, kononnya nak release tension para pelajar, kata ustazah lagi,para pelajar duduk atas kerusi,bg kami,tak mungkin pelajar2 akan duduk kalo dah konsert rock mesti bangun lompat2 jugak..kami ada pengalaman bila dah lagu rock, semuanya lalai sedangkan dalam islam, menurut pendapat ulamak masa kini,muzik diharuskan tapi mesti menepati syarak contohnya tak boleh guna muzik-muzikyang digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan sebagainya. ustazah tentu tahu kan, Nabi bersabda"barangsiapa menyerupai sesuatu kaum,ia seperti tergolong dalam kaum tersebut"

ustazah..dengan konsert tu,kami para pelajar dapat tambah keimanan kami ke ustazah?dengan konsert tu, kami para pelajar akan jadi pelajar yg berakhlak ke ustazah?tidak ustazah..kami pasti, kami semakin lalai dan lekaharap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...

Ustazah..niat kami bukan untuk memandai-mandai jauh sekali untuk menghentam tapi ustazah org yg selalu berbicara ttg Allah kenapa sanggup mengajar dan mendidik kami sebegini?kami menutup aurat,kerana kami ingin ikut apa yg ada dalam kitabullah kami tak nak couple kerana kami tidak mahu lalai dengan cinta yang menjurus kepada zina sedang zina itu byk..zina mata,zina mulut dan zina hati atau perasaan kami membantah perkara-perkara yg akan melalaikan kami kerana kami takut,dalam majlis itu,kami dijemput Allah. kami takut iman kami lemah,kami takut akhlak kami rosakdan, kami takut..hilangnya maruah kami sebagai pembawa syiar Islam!

Harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan....

p/s : luahan ini adalah seorang yang mengadu kepada seorang 'ustazah'.. pada saya, ia adalah sebuah luahan yang menyentuh hati..

Thursday, 14 October 2010

MMY in memories...

para pendidik mmy...

murabbi sir azman abd rahman...

murabbi ust zaini...kini dh brtukar ke maahad baling..
shabt2 9th generation brsma sir azman di harvard suasana hotel....

            mmy....!!rindunya penulis pada tarbiyah dan biah di mmy...walaupun hanya 3 tahun di sana,sudah cukup mmberi seribu kngan yang manis...bersama guru2,sahabat2,kak2 dalam terus mnuntut ilmu...rindunya..skrg ni,di mmy tinggallah shbt2 kmi yang trpilih oleh ALLAH untuk terus brda disana..psti ada hikmahnya..yang itu,harus kita yakini...shabt..ketahuilah,memori kita bersma takkan pernah aku lupakan...saat brsama akn terus dikenang..tp,tak boleh ingt sgt,sbb satgi sedih plak..

    apa pun,kita harus terus bekerja untuk islam walau apa pun jdi,walau dimana pun kita berda...teruskn mncri sbgai bekalan di prjalann ini..doakan penulis bisa berhalaqoh dgn shabt2 dan murabbi penulis brsma ustzh rosita cuti ni...mdah2an Allah permudahkan...rindu sangat untuk berhalaqoh lagi...kpada shabt2ku..walaupun renioun tak taula bila nk buat,hati kita ttp terikat bersma melalui untaian doa kepadaNYA....mga ALLAH mmlihara ikatan ukhwah kita...

Gugusan Mutiara Ilmu dari penulis,Pahrol Mohd Judi..

pahrol mohd judi..

novel-novel islamik..

ha...ni plak antara novel dan buku yang menarik dri penulis fatimah syarha noordin...pertama kali novel yang ana baca dan terus jatuh hati..chewah.....adalah novel tautan hati...besz sangat...bgi ana la...berkisarkan kehidupan seorang daie...hidup dalam berhalaqoh....

Penulisan dari KH ABDULLAH GYMNASTIYAR,PENGASAS PESANTREN MAAHAD AT-TAUHID

bawah ni,antara lagi buku2 yang best2...

antara tulisan beliau..
KH Abdullah Gymnastiar,pengasas Pesantren Maahad At-Tauhid
 Aagm selalu bicara tentang hati...management qalbu...boleh tengok kat astro oasis dalam rancngan bicarawara rawatlah hatinya...besz2..

RAHSIA DAN KEAJAIBAN CINTA ALLAH S.W.T.

Assalamualaikum....asiff..lama dah tak update blog..ana sibuk di sekolah..lagipun dah nak exam..ok..kli ni,ana ingn brkongsi dengn antum tentang buku2 yang besz besz di pasaran sekarng...li tazkir diri dan jiwa kita...dalam meraih cinta sejati dan hakiki....buku first adalah buku ni....

Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni
 
ha..tajuk dia Rahsia dan keajaiban cinta Allah...ditulis oleh Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni...berkisarkan tentang cinta kepada Allah...
Bercinta dengan Allah memerlukan hati yang khusyuk.Kerana ynag dicintai bukannya makhluk,tetapi zat yang agung,sukar untuk dirakam oleh fikiran dan perasaan.Namun rasa cinta dan mencintai ALLAH itu adalah tuntutan yang dapat membolehkan manusia mencapai kehidupan yang sempurnadi atas muka bumi dan kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti.Melalui buku ini,beliau memberi panduan dan bimbingan cara mana yang wajar kita lakukan untuk meraih segugus cinta dari Allah di dalam kehidupan yang seadanya ini.
Apabila rasa cinta kepada Allah telah meresapi diri,barulah dapat kita menikmati kemanisan iman dan kelazatan beribadah.nanti allah akn singkapkan pula rahsia selama ini menghijab hati untuk melihat keagungan untuk manusia di maya ini.Sudahkah kita bersedia untuk pengorbanan yang besar ini?Tanyalah hati dan iman sebagai syarat untuk menemui Allah.S.W.T.

*Alhamdulillah..terima kasih kepada kak naqibah,murabbiah ana,k amirah anuar kerana mengizinkan ana pinjam buku ini darinya..moga Allah mmbalasnya...jom kita pakat2 baca..besz2..

Thursday, 7 October 2010

Kata Imam Syahid Hasan Albanna yang sepatutnya dijadikan pedoman kita...
"Andai diumpamakan islam seperti sebuah bangunan yang usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin kutip dengan ramainya mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

Friday, 1 October 2010

Ghuraba by Sa3d Al Ghamdi

AT-10-TION...!!

AT-10-TI0N....

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat apabila cacat bacanya maka rosaklah solat..oleh itu,perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid..Bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan dalam solat kita.berikut dalam solat kita.berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati...
Nama syaitan.
1.DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB(bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU(bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4.KANNAK(bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5.KANNAS(bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6.IYA(disebut tanpa sabdu)sepatutnya IYYA..Iya bermaksud "matahari"
"mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan.."!!!
7.SIROTHOLLAZI.......sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
8.AMIN.....hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu."AA....dua harakat,MIN....3 harakat..semoga AMIN kita bersamaan dengan amin malaikat..insyaALLAH...semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacannya....

UJIAN AL-KHALIK...

salam buat akhwatku...murabbiahku...
insan insan yang amat ku rindui ketika ini...
tidak rasa ingin terus disini..
tidak pula rasa ingin pulang ke rumah..
tetapi,bersama mereka yang ku sangat ingini...

musibah itu,
akan indah apabila dihadapi dengan iman..
akan lebih indah andai tak diceritakan..
kerana rahsia diri dengan Tuhan..
akan lebih mewujudkan keintiman..
andai tiada siapa yang mengetahuinya..

Hidup mengharapkan pada orang,
tidak akan mencapai apa-apa...
kerana meraka tidak punya apa apa
yang bisa membahagiakan...
cuma melalui insan-insan soleh,
akan membuat hati ini jatuh cinta pada Pencipta..
betapa indah akhlak dan mujahadah mereka..
membuat aku terus ingin mencapai keredhaanNYA tnpa putus asa...

 Islam itu indah..
tetapan dan takdir penuh hikmah..
tiada yang sia-sia..
segalanya pasti punya sebab dan terbaik buat kita...
tarbiyyah sungguh berkesan di jiwa...
seorang manusia yang memahami...

kehidupan ini perlu diteruskan..
takkan selamanya kita ingin berharap...
wujudkan kekuatan melalui ujian ini..
moga ia menjadi tarbiyyah buat kita hadapinya lagi nanti...

YA GHAFUR..

Hari ini..
aku mendapat satu yang baru lagi...
satu kesedaran yang mnjemput keinsafan,kesedhan,penyesalan di segenap qalbuku..
namun,syaitan tetap dengan kerjanya..
membuat ku keliru dengan permainan minda..
mana stu benar mana satu dusta...

Di bahu ini..
tergantung seribu amanah yang terlalu berat untuk ku pikulnya...
tidak ada sesiapa yang bisa memberiku kekuatan.....selain NYA..
Dia yang ku damba sebenar benar iman dan taqwa..
jatuh cinta kepada para pencintaNYA membuat aku ingin sekali cuba mendekatiNYA...

namun..aku jatuh lagi...aku tewas lagi..
nafsu tetap menguasai diri...
ku perlu kuat..ALLAH menyukai mukmin yang kuat..
kuatkan dirimu..wahai hati dan jiwa...
bangunlah kembali...

Wahai ALLAH..
akan ku teruskan bermujahadah..
dalam mencari dan mengenal TUHANKU...
ALLAH,
tetap memberiku petunjuk dan bimbingan walau hati gelap..
kerana dosa yang bergelumang..
aku harus bertaubat..
harus kembali pada TUHANKU...
PENCIPTA YANG MAHA AGONG...

Aku rindu padaNYA..
rindu lagi untuk merasai saat manis bersamaNYA...
Mungkinkah ALLAH ingin menerimaku....?
YA Ghafur..ampunkanlah..

Friday, 17 September 2010

video

Bagaimana Ingin Mengenal Allah...??

Assalamualaikum.....
Pertama sekali marilah kita bersyukur kepada Allah dengan memperbanyakkan memujinya .....
SUBHANALLAH 33x, ALHAMDULILLAH 33x, ALLAHUAKBAR 33x.....

Awwaluddin, makrifatullah...permulaan agama,mengenal ALLAH...
Sememangnya kita kena bersetuju dengan hakikat ini iaitu sesuatu amal islami tidak diterima
andai kita tidak mengenali Allah dengan sebenarnya....

Mengikut ustaz ana cara yang terbaik mengenal Allah dengan memahami secara benar sifat 20 Allah...
kita boleh jumpa ustaz2...
Benda nie kita perlu sabitkan dengan diri kita....
Jalan terbaik untuk sesuatu perkara adalah sabitkan dengan diri kita.. (Tarbiyyah Dzatiah)

Ana bagi contoh....
Kita mesti besa dengar tentang isu penggunaan kalimah Allah yang sebelum nie jadi persoalan
Ada pendapat kata boleh dan ada yang kata x boleh....
Kemudian berseterulah orang dengan pendapat masing-masing....
MAka disinilah kita sabit ngan diri kita....
"aku nie mula nak mempertahankan kalimah Allah bila isu nie ja ka?....
Kalau isu nie aku nak bagitau orang pendapat aku pun... sejauh mana
aku mempertahankan Allah dalam diri aku...."

MAka kitapun dapat mentarbiyyah diri kita sekali.... Itulah hikmah yang Allah turunkan
pada orang beriman.....
Dan kalau nak kuatkan lagi tarbiyyah jiwa kita dengan merasai kewujudan tuhan.....
Bincanglah dalam usrah tentang buku "tauhid melalui fakta sains" hasil tulisan Syeikh Majid Zindani..
(Universiti syeikh nie yang ana nak p)..

InsyaAllah...
Yakinlah akan bantuan Allah.. YAng pasti kita kena usaha...
 mudah-mudahan,keikhlasan kita akan dinilai oleh Allah dan menjadikan kita seorang mujahid yang diredhai
Allah...

Ana sudahi dengan kata2 seorang sahabat..
"Hidup atas isu, isu akan hilang... hidup atas semangat, semangat akan merundum...
tapi jika kite hidup atas dasar iman, Allah sebaik2 pemelihara iman...,
taqaballahu minna wa minkum"

*kiriman taujihad dan jawapan seorang pendamba cintaNYA  kepada mad unya...

JADIKAN ALLAHS.W.T. PALING DEKAT DENGAN KITA..

aku hanya mahu jadi orang yang baik..
melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat,
jika aku tak mampu..
janganlah kiranya aku membuat kejahatan..
atau kejahatan dalam kebaikan..
biarlah aku diam kalau aku belum bersedia...
kini ku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya..
aku harap aku akan kuat..dan aku mohon sangat-sangat..
biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan..
dengan itu aku berusaha..
dan Engkau sahaja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia,Ya Allah...

SaLaM PeRjUanGaN..
BISMILLAH...

MANUSIA DAN UJIAN ALLAH..

Apakah falsafah hidup insan..?Itu adalah salah satu soalan yg begitu mnrik minat manusia bahkan mnjadi bahan pmikiran manusia..Seterusnya ia menjadi medan bagi menonjolkan kebolehan dn kemampuan masing2..Pada hakikatnya,asas falsfh hidup insan bukanlah ciptaan atau rekaan manusia sendiri dn bukanlh hak manusia..sebagaimana manusia itu dicipta oleh Allah maka falsafah hidupnya yg menepati dgn hakikat kejadian itu adalah mnjadi hak Allah.Hanya falsfh hidup manusia yg disediakn oleh maha Pencipnya saja asas falsfh hidup manusia yg konkrit,kukuh dan sempurna.
Allah mengskan dlm surah al- Mulk,ayat-2,
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu,siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya,dan Ia Maha Kuasa(membalas amal kamu),lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat)."

1.segala yang di atas muka bumi adalah hiasan indah untuk menjadi ujian kepada manusia.
2.pangkat dan kedudukan adalah ujian kepada manusia.
3.Kesenangan dan kekayaan ataupun kesusahan dan kemiskinan adalah ujian kepada manusia.

Berdasarkan kepada hakikat ini Allah adalah penguji,manusia adalah yang diuji,dunia ini adalah medan ujian-Nya,usia hidupnya adalah masa menjalani ujian,sementara segala kandungan hidup itu pula adalah bahan-bahan atau soalan ujinya.

semakin manusia itu tinggi,mulia dan sempurna maka semkin bsr dan hebat ujiannya.Begitu juga seterusnya.mengikut kedudukan,pangkat,ilmudan kemmpuan yg dimilikinya.
Ujian Allah kepada manusia bukan sekali-kali mahu merendah dn mghina manusia.Sebaliknya ujian Allah kepda manusia adalh kesempurnaan manusia itu sendiri.Allah tidak menguji manusia di luar kemampuannya.

Hidup sebagai ujian Allah buknlah falsfh kemanusiaan yg direka-reka dan diada-adakan oleh daya akal manusia tetapi ia adalah hakikat drpd Allah yg mnjadi teras dan asas pmikiran kpd khidupan manusia demi mncapai ksmpurnaan hidunya..

dipetik dari kitab,
ADA APA DENGAN ISLAM?
Dato Dr. Haron Din.

Monday, 13 September 2010

Petikan kegemaran dari blog kanta pembesar...

Manusia sering hampa kerana syuhudnya terhadap Rabb kabur.

Dia ingin merubah tetapi dia sendiri tiada upaya merubah tetapi tetap ingin merubah.

Dia membaca buku semaunya namun semua itu setakat memuaskan keinginan akalinya.

Dia suka mengkaji. dia suka membuktikan. dia suka berfalsafah. dia suka merenung (katanya). Dia suka mencari dalil. Namun semua itu di luar kerangka falsafah hidup insan yang menumpu kepada tujuan akhir manusia.

Dia berjuang. Dia terpengaruh dengan semangat perubah silam.

Namun dia tidak tenang. Mengapa?
Manusia zaman ini sering hampa kerana syuhudnya terhadap rabb kabur. Dunia material (iaitu dunia hari ini) yang dikemudi Barat telah terpedaya kita olehnya. Tinggal lagi kita yang tidak sedar dan lantang menafikan. Ingatlah bahwa kita orang Islam tidak sama dengan orang Barat. Kita melebihi Barat kerna kita miliki sisi diri yang rohaniy. Barat hari ini mendabik dengan diri haiwannya, mereka hampa diri rohaniy, hampa moral, hampa tingkahlaku, kacau-bilau, tiada arah jelas untuk dituju, kerna tidak nampak penghujung jalan hidup.. 

Islam dengan jelas mengatakan bahwa ALLAH lah maksud hidup. Keadilan bagi seluruh manusia yang pernah menghuni dunia apabila adanya hari pambalasan (judgement day). Namun itu semua tidak dapat dibuktikan melalui akal, dan eksperimen. Barat tidak percaya semua itu, jadi mereka tiada matlamat hidup. Adakah kita juga tak mau percaya, atau pun bertindaktanduk seperti orang yang tidak percaya?

Ulang* : Aku pendosa. Pendosa memang tidak layak berbicara, kerna pedoman hidupnya tiada. namun aku sedar bahwa aku seorang pendosa, dan ingin bertaubat. Ya ALLAH Engkau Maha Pemurah, Maha Penyayang, Mana Menerima taubat hamba dina. Aku tahu dan aku imani. lalu, izinkanlah juga aku berbicara untuk manfaat semua...amin..

Manusia pejuang, khauf wa rojak (takut dan harap) lah...

.............................................................
ditulis oleh ahmad syaibani ramli..K.A.N.T.A. P.E.M.B.E.S.A.R

RiSaLaH SaNg MuRaBbI..

   salam ukhwah..menari lagi jari jari ini untuk menukilkan sesuatu buat perkongsian kita bersama...hayatilah sedikit kata yang ingin ku nukilkan disini..moga kalian mendapat manfaatnya...ini adalah coretan seorang murabbi untuk dihantar pada satu majalah.namun,ianya tidak kesampaian...tetapi,ianya sangat menarik..marilah bersama kita memahaminya...

  Dengan lafaz Bismillah aku mulakan,penghindar was-was dan rasa tertekan,inginku berkongsi coretan dakwah ini,agar tautan ukhwah kita takkan tertinggal sepi,inilah dia taburan kata-kata pejuang,mujadid,murabbi,mursyid dan ulama agama ISLAM,demi memastikan hidup kita dunia dan akhirat kekal tenteram.Di bawah naungan pepohon agama ISLAM,penyelamat aku dan kamu,ayuh kita berteduh,ayuh kita berlabuh agar hati-hati yang kesakitan kembali smbuh dalam menempuh keberentakan kehidupan era ini..Demi ALLAH,bersaksilah kamus edalam-dalamnya,fahamlah setajam-tajamnya apa yang ingin ku kongsi,lhir dari hati yang suci antara kau dan aku,agar bahagia menjengah kehidun kita berdua,agar ALLAH mempererat ukhwah kita bersama,mencintai seadanya kerana ALLAH jua.Tidak akan beriman seseorang itu selagi tidak mengasihi sahabatnya seperti mana benar-benar dan jujur mengasihi dirinya sendiri.
  Berkali-kali sudah ulama berpesan,jika kau ingin mencapai kesempurnaan,sembahlah ALLAH sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain...akn bersambung..asiff..

DILEMA SEORANG GADIS

Seluruh orang di gereja masuk Islam di USA Ramadhan 2010

Beautiful Recitation by Mohammed Taha Al Junaid

Al-Waqi'ah (1) -Mohammed Taha Al-Junaid

salah faham pemakaian tudung..

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.
Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.
1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:
“Dan hendaklah mereka menutupkan jilbab ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)

2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

Monday, 6 September 2010

TaRiaN jAri JEmaRi..

salam mahabbah kembali....lma sudh tak bertinta....asiff sebb kemalasn diri mmblggu d smpg tunggu masa yg sesuai untuk menukil...alhamdulillah..ALLAH kurniakan masa ini untuk jari jemari menari....
apa khabar antum shbt2 ana...??mcm mana iman kita..??amal kita..??jwbla pada diri sendiri....an yakin msh byk yg prlu kita prbaiki...ramadhan kita mcm mana..??adkh ia mnjadi wasilah pghijrhn yg sprti mana kita hrpkan...??jika belum..mrilah kia berusha mrealisasiknnya..smntra msih diberi peluang...MATI...prkataan krmat itu sentiasa smakin dkt dgn kita...brsama kita doakan mndpt husnul khatimah..ku amat khuatir skli apbila memkirknnya..tringt video saudra kia yg mati secra tiba2..tgh jalan kt tepi jln..tiba2,tiang lmpu jlnjatuh ats dy...duk tgh main bola..ALLAH tarik nyawa....takut jga bila memkrkn keadaan ketika brtemuNYA..keseorangn...hnya amal mnjdi penman,penerg,peluas kubur nnti....YA ALLAH....!!!

driku trasa selalu lemah..knapa..???ummi selalu berithu...spttnya kakak boleh kuat lg dri kwn2 akak sbb akak selalu dpt taujihd dr k ebah,k zaharoh..dn ramai lagi...mgkin aku hnya mndgr,memnta..tp tiada plksanaannya..algkh indh andai ada seseorg yg sellu dkt dgnku mmbisik kekuatn dlm tndkn...hnya ALLAH..

RABBKU...disni ku nukilkn cetusn htiku ...ampunkan aku...redhailah aku..ku tak kuat dlm melwnnya..aku rnduknMU..aku trasa sgt jauh dgnMU...aku sgt mrnduiMU....bwlh diriku kmbli kpdMU...YA ALLAH..BRSHKN HATIKU AGAR CINTAMU BISA MEMENUHI SGENAP RUANG HATI DN JIWAKU....YA TUHAN...DGRKN RAYUAN HAMBAMU DI USAI MALAM INI...

Friday, 13 August 2010

AYUHA SYABAB..!!

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut llelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al Mu"tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanita dibiar bebas,binasa.

Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,untuk mengangkat kemuliaan agama,
kina,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjiha d,tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
giri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq,Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelaki berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik,Syria.

*Dipetik dari novel Syabab Musafir Kasih,nurkilan,Fatimah Syarha Nordin....

Thursday, 29 July 2010

JIHAD ATAU "JIHAD"?

Namanya ialah Imad Hasan Ibrahim Aqal, salah seorang pejuang jihad yang digeruni kuffar. Dia ialah seorang 'top terrorist' di America. Mengapa?

Imad berasal dari Mukhayamm Jabaliya dan juga ahli Kata'ib Al-Qassam. Dari kecil, beliau ditanam dengan semangat jihad oleh ayahnya, Hasan Ibrahim Aqal. Semasa Intifadah, beliau bersama rakan-rakan beliau melastik dan membaling batu terhadap tentera Israel. Beliau teringin belajar dalam bidang perubatan setelah taman sekolah menengah namun beliau ditangkap bersama abangnya oleh tentera Israel kerana terlibat dalam gerakan Hamas. Setelah
dibebaskan pada 1990, beliau masih berpegang dengan matlamat jihad dan syahidnya.

Kenapa beliau terlau digeruni oleh Israel?

Imad, seorang pejuang jihad telah menyertai beberapa operasi dalam memerangi tentera Israel. Dalam operasi-operasi tersebut, beliau telah membunuh ramai tentera Israel sehingga Beliau terlalu ditakuti oleh mereka. Haha...baru seorang lelaki yang berpegang kuat dengan janji Allah sudah tentera Israel takut. Imad seorang yang licik dan cerdik. Kelicikannya dalam membunuh tentera Israel sampai kepada pihak atasan dan kerajaan Israel.Perdana Menteri, Yitshak Rabin menggesa Imad keluar dari Palestin dengan baik dan tuduhan atas segala kelakuannya terhadap Israel dilepaskan. Apa kata Imad? "Sesungguhnya Rabin tidak dapat mengubah pendirianku untuk yang telah berikrar menempah maut".

Dia kembali ke Gaza untuk tentang Yahudi. 25 Nov 1992,dia dapat tembak seorang Yahudi di pintu Hayyu Syeikh Ridhuan. Sebulan kemudian, beliau dapat bunuh tiga orang tentera Israel termasuk seorang yang berpangkat tinggi. Di dapat bunuh tiga orang lagi pada 20 Mac 1993. Dengan semua pembunuhan itu, namanya semakin panas dan menjadi mimpi ngeri tentera Israel.

Oleh itu. pemimpin Kata'ib Al-Qassam minta beliau keluar untuk keselamatannya kerana mereka sayangkan Imad. Namun, Imad tetap dengan pendiriannya dan hendak kekal di Palestin sehingga dia mati syahid. Pada 24 November 1993, beliau syahid dibunuh tentera Israel.

Bagaimana beliau syahid? Bacalah kisahnya di bawah...

Petang itu, Imad berbuka puasa sunat di rumah rakannya, Farhat. Pada 5.15 petang, beliau terdengar bunyi deruan enjinyang kuat diluar rumah.Imad menganngarkan bahawa terdapat kenderaan dalam lingkungan 20 buah berdasarkan bunyinya yang kuat. Ketika Imad menjenguk keluar tingkap, beliau ternampak dalamlingkungan 60 buah kenderaan perang Yahudi.. Jika satu kenderaan alam 10 orang,maka terdapt 600 orang Yahudi yang mengepung rumah tersebut.Kawasan di Hayyus Syuja'ah menjadi kabut. Penduduk ketakutan dan masuk ke rumah masing-masing.

Namun, apa kata Imad "Inilah masanya untuk saya SYAHID!!!" Imad terus naik ke bumbung rumah Farhat (atapnya daripada batu dan rata) dan menunaikan dua rakaat solat sunat. Dia meminta Allah merestui segala perjuangannya ssebelum ini

Sebutir bom dicampak kearahnya sebelum Imad sempat selesaikan solatnya. Imad bangkit dan buat serangan balas. Keadaan tidak begitu jelas kelihatan kerana asap bom. Imad serang secara rambang.Tentera Israel Serang dengan bertalu-talu dan menggila. Selepas berapa lama kemudian, tiada lagi serangan dari pihak Imad. Tentera Yahudi berasa Imad telah mati namun beliau masih takut untuk mengesahkannya,kalau-kalau ia adalah salah satu helah daripada Imad. Lantas, tentera Israel yang lengkap dengan pakaian tentera dan bersenjata, mereka mendekati rumah Farhat. Mereka saling tolak-menolak sesama mereka kerana TAKUTKAN Imad.

Disebabkan itu, mereka memanggil jiran di sebelah untuk mengesahkan kematian Imad. Jiran itu keluar dan memberitahu bahawa imad telah mati namun mereka masih belum mempercayainya. Mereka menyuruh jiran itu bawa mayatnya keluar. Farhat membawa keluar mayat Imad sebelum jiran itu masuk.

Akhirnya, barulah mereka percaya. Belum cukup dengan itu, mereka mencencang mayat Imad dengan pisau. Setelah puas menembak dan mengelar mayat Imad sehingga hancur, mereka sorak gembira sambil melepaskan tembakan ke udara.

Mayat Imad diusungi oleh berpuluh ribu rakyat Palestin....

Itulah JIHAD orang di Palestin. Bagaiman 'JIHAD' sebahagian rakyat Malaysia? Ibubapa mengajar anak jual dadah, guna senjata dan sebagainya. Suami menyuruh isteri melacur diri. Hari Kekasih disambut, 'pejuang' rempit berlegar-legar di jalan raya. Tempah bilik di hotel murah, rasuah oleh pihak atasan kerajaan, maksiat berleluasa, zina, mencuri, merogol, membunuh, menculik, merompak, menyamun, buat geng gangster, budak-budak sekolah yang buat geng gangster dan tunjuk lagak kuat macam Genji,padahal Allah Maha Kuat.

Betulkah negara Malaysia aman? Betulkah negara Malaysia negara ISLAM???Fikir-fikirlah sendiri.

Wassalam.....
1.Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

2.Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
~al-anbiya~