Petikan kegemaran dari blog kanta pembesar...

Manusia sering hampa kerana syuhudnya terhadap Rabb kabur.

Dia ingin merubah tetapi dia sendiri tiada upaya merubah tetapi tetap ingin merubah.

Dia membaca buku semaunya namun semua itu setakat memuaskan keinginan akalinya.

Dia suka mengkaji. dia suka membuktikan. dia suka berfalsafah. dia suka merenung (katanya). Dia suka mencari dalil. Namun semua itu di luar kerangka falsafah hidup insan yang menumpu kepada tujuan akhir manusia.

Dia berjuang. Dia terpengaruh dengan semangat perubah silam.

Namun dia tidak tenang. Mengapa?
Manusia zaman ini sering hampa kerana syuhudnya terhadap rabb kabur. Dunia material (iaitu dunia hari ini) yang dikemudi Barat telah terpedaya kita olehnya. Tinggal lagi kita yang tidak sedar dan lantang menafikan. Ingatlah bahwa kita orang Islam tidak sama dengan orang Barat. Kita melebihi Barat kerna kita miliki sisi diri yang rohaniy. Barat hari ini mendabik dengan diri haiwannya, mereka hampa diri rohaniy, hampa moral, hampa tingkahlaku, kacau-bilau, tiada arah jelas untuk dituju, kerna tidak nampak penghujung jalan hidup.. 

Islam dengan jelas mengatakan bahwa ALLAH lah maksud hidup. Keadilan bagi seluruh manusia yang pernah menghuni dunia apabila adanya hari pambalasan (judgement day). Namun itu semua tidak dapat dibuktikan melalui akal, dan eksperimen. Barat tidak percaya semua itu, jadi mereka tiada matlamat hidup. Adakah kita juga tak mau percaya, atau pun bertindaktanduk seperti orang yang tidak percaya?

Ulang* : Aku pendosa. Pendosa memang tidak layak berbicara, kerna pedoman hidupnya tiada. namun aku sedar bahwa aku seorang pendosa, dan ingin bertaubat. Ya ALLAH Engkau Maha Pemurah, Maha Penyayang, Mana Menerima taubat hamba dina. Aku tahu dan aku imani. lalu, izinkanlah juga aku berbicara untuk manfaat semua...amin..


Manusia pejuang, khauf wa rojak (takut dan harap) lah...

.............................................................
ditulis oleh ahmad syaibani ramli..K.A.N.T.A. P.E.M.B.E.S.A.R

Comments