strive!

strive!
Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu; tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya.” (riwayat al-Tirmizi)

Friday, 18 March 2011

ALLAH MAHA BAIK....

Assalamualaikum...w.b.t.

alhamdulillah...syukur yang tak terhingga atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan ALLAH yang merupakan sebesar besar nikmat...ALLAH...Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepada golongan yang dikehendakiNya...dan wajib ke atas mukmin itu untuk bersyukur padaNya dan tidak sesekali sesal atau sedih atau kecewa walau seperit mana pun takdir yang ALLAH tentukan kerana itu ujian untuk lebih mendekatkan diri denganNya...dan itu juga menandakan Allah rindu rintihan dan pengaduannya kepada ALLAH...dan ALLAH ingin mmntanya untuk menjahit kembali sejadah iman yang koyak lantaran mengejar fatamorgana dunia hingga tenggelam dalam hidupan yang berajakan nafsu..

YAZID WA YANGUS...begitulah istilah arabnya keadaan iman manusia itu...dan ketika mana iman yazid,maka lazatnya ibadah itu menyebabkan mukmin itu tamak yang tidak berkucupan untuk terus beribadah...ketika itu,ALLAH kan mengasihinya...apabila ALLAH mengasihinya,ALLAH lah pendengarnya yang ia mendengar dengannya,penghilatannya yang ia melihat dengannya,tangan yang ia menampar dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya..(petikan hadis qudsi) .Dan ketika itulah keadaan mukmin itu sungguh menakjubkan...itulah impian semua pendamba ILAHI...

tetapi ketika mana iman YANGUS,manusia itu imannya lemah...dan ketika itu,mohonlah perlindungan dari ALLAH dari godaan syaitan...kerana bilamna syaitan dan hawa nafsu menguasai diri..yang buruk tidak nampak keburukannya..hnya memikirkan keseronokan dan mengikut keingnn nafsunya...dia tidak dapat mengawal dirinya...dia melakukan perkara yang memalukan dirinya..dia tidak dapat berfikir sewarasnya kerna hati,jiwa dan aqal dihijab ALLAH kerana melakukan dosa dan tidak bertaubat...

oleh itu,haruslah ke atas mukmin itu selalu mentazkir diri dan saudaranya agar tidak terus menerus dalam kegelapan...carilah dan dapatkan tarbiyah untuk terus bersama memantapkan thaqafah...ruhiyyah...dengan besertakan kekuatan rohani diri dengn qiamullail...perjuangan yang berterusan adalah dengan kekuatan rohani bukan atas dasar semangat...aplikasikanlah persaudaraan dalam islam...sakitmu sakitku...senangmu senangku..sedihmu sedihku...bukanlah habis harta(kepentingan),terus putus hubungan...ukhwah fillah sangat indah...bertemu dan berpisahnya kerana ALLAH....antara golongan naungan ALLAH di masyar nanti...seaqidah..sefikrah..sematlamat... membentuk satu ikatan tali yang utuh...yang akhirnya membentuk satu golongan ansar yang hebat dan bersatu pula dengan golongan muhajirin...ALLAHUAKBAR..!!

begitulah serba sedikit pengisian usrah yang dihadiri selama 2 jam di waqaf Masjid Sultan Muzaffar Shah,Sg. Petani....alhamdulillah...ALLAH MAHA BAIK....akhirnya,ALLAH mempertemukan dengan pertemuan yang sungguh indah...bersama k aida wani dan k izzati dari smkas...waqaf ini menjadi saksi serikandi serikandi ini yang ingin terus mengejar keredhaan ILAHI dalam melayari perjuangan ini...kerana apa..???kerana ALLAH...ALLAH adalah segalanya...

waqaf yang menjai saksi...

pengisian usrah..-buku kenapa aku anut islam dan persaudaraan dalam islam,
naqibah-ustazah rosita

~balik rumah, ustaz dan ustazah hantar sampai depan rumah...huhu..alhamdulillah...ALLAH MAHA BAIK...
~tariklah tanganku dan pimpinlah daku di kala aku tenggalam dalam lautan yang dalam...terpedaya dengan fatamorgana dunia...
YA MUHAIMIN,TETAPKANLAH KAMI DI JALANMU WALAU APA PUN PEDIHNYA....

M0N0L0G SERIKANDI KEGEMARAN DARI LAMAN SERIKANDI UMAR..

Sahabatku,
Aku hanya seorang serikandiumar
Hatiku setegas Umar namun mampu juga selembut Abu Bakar
Sekalipun zahirnya aku kuat, ego ku mengatasi segalanya
Namun,
Aku juga seorang wanita, seorang gadis…
Yang pasti menangisi nasib diri
Inilah lumrah seorang wanita
Sudah diciptakannnya sebagai seorang yang lembut dan mudah tersentuh

Serikandiumar ini terus merenung
Merenung jauh prinsip diri yang dipertahankan
Mampukah aku?
Menggapai cita-citaku…
Mencintai-Mu lebih dari segalanya
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku
Kelak, akan ada cinta untukku
Dari insan yang mencintai Allah
Sebagaimana cintaku terhadap-Mu Ya Rabb…

Aku seorang serikandiumar
Yang tidak betah duduk diam
Kerana aku seorang pejuang
Aku akan pastikan diriku sibuk dengan perjuangan ini
Kerana aku mencintai perjuangan ini
Kerana aku….
Kerana aku….
Mahu menggapai syahid di jalan-Mu…

Sahabatku,
Sokonglah aku dari belakang
Aku tidak mahu semangatku goyah
Aku mahu kekal begini
Aku serikandiumar!
Aku akan pastikan aku setegas Umar dalam menegakkan yang benar
Aku akan pastikan kebenaran tersingkap!

Duhai serikandiumar,
Tabahkah dirimu menempuh perjuangan ini
Gapailah cita-citamu
Ketepikan cinta manusia kerana ia perosak perjuangan
Jadilah dikau seperti Rabiatul Adawiyah
Cintanya tulus terhadap Ilahi

Ayuh serikandiumar!
Istiqamahlah dalam perjuanganmu!
Hebatkan thaqafahmu!
Mantapkan ruhiyyahmu!
Engkau berjuang kerana Ilahi
Engkau berjuang kerana cintakan syahid
Jangan sesekali engkau toleh ke belakang!
Allahuakbar!

                                   ~monolog seorang serikandi~

Sunday, 13 March 2011

Motivasi: Saat kita tiada siapa-siapa

~HILAL ASYRAF~http://langitilahi.com/bahagian/motivasi/

At least, aku ada diri aku sendiri. Maka aku akan berjuang untuk diriku itu. :-)

Kalau orang tanya saya, pernah down atau tidak? Saya pasti akan menjawab pernah. Bila orang bertanya kepada saya, apakah down yang paling down pernah saya rasai? Saya akan menjawab, saat saya sedar bahawa saya tiada siapa-siapa, itulah saatnya saya paling down.
Saya rasa saya ini bagus mati sahaja. Ha… sampai macam itu sekali. Jangan contohi yang ini ya. Haha.
Tapi awak still hidup lagi, dan masih meneruskan apa yang awak lakukan selama ini? Ha, biasanya itu soalan yang akan mengekori soalan yang kedua tadi. Jawapan saya, ya, saya tetap bergerak, berjalan, dan meneruskan kehidupan.
“Jadi, apa motivasi awak, sedangkan awak melalui saat yang paling kritikal seperti yang awak nyatakan tadi? Sampai rasa bagus mati sahaja, tapi awak still bangun dan bergerak?”
Ha, jawapan kepada soalan itulah yang saya hendak kongsikan di dalam artikel ini.
Allah itu memang Yang Paling Dekat, tetapi…
Sebelum saya masuk kepada ‘jawapan’ saya, maka sukalah saya pergi kepada ‘mukaddimah jawapan’ saya. :-)
Allah adalah mukaddimah kepada jawapan saya. Iya. Sebab, jawapan saya hanya akan terhasil dengan keimanan saya kepada Allah SWT. Saya beriman bahawa Allah itu paling dekat, Allah itu sentiasa bersama kita, dan Allah itu adalah yang akan memberikan bantuan kepada kita, serta memenangkan kita sekiranya kita berada di atas jalanNya.
Tetapi mengapa saya jadikan ini sebagai ‘mukaddimah jawapan’ dan bukan ‘jawapan induk’ saya? Sebab manusia ini banyak songeh. Mereka akan kata pada saya begini:
“Memanglah Allah ada sentiasa, paling dekat, tetapi Allah bukan manusia yang boleh berbalas cakap dengan kita, yang boleh peluk kita dan sebagainya. Kalaulah Allah sahaja sudah mencukupi dengan pencukupan yang 100%, maka tidaklah Allah menjadikan untuk Adam itu Hawwa, dan tidaklah Allah menyusun perjalanan Rasulullah SAW itu memerlukan para sahabat baginda.”
Bijak apa yang diketengahkan oleh si pengketengah pendapat tadi. Dan saya sokong 100%. Benar. Sunnatullah, manusia juga memerlukan manusia.
Tetapi itulah dia punca masalah yang kita bincangkan sekarang, bukan? Sekarang ini, kita rasa kita tiada siapa-siapa. Ibu Bapa tidak memahami, orang benci dengan apa yang kita lakukan walaupun kita sudah usahakan yang terbaik untuk memuaskan hati mereka, apa sahaja yang kita buat mesti ada yang nak hentam, ada sahabat tetapi sahabat pun tidak mampu menenangkan dan tidak pula mampu untuk mempertahankan kita. Rasa very very very lonely betul tak?
Jadi, apa yang saya buat bila saya dalam situasi itu?
Jeng jeng jeng…
Saya ada diri saya. Hadiah Allah buat saya.
Ahah. Itulah “jawapan” saya, dan saya tidak punya jawapan yang lebih kuat daripada itu. :-)
Kenapa saya teruskan kehidupan saya, walaupun saya rasa saya tiada siapa-siapa?
Sebab saya ada diri saya. Diri saya yang dihadiahkan oleh Allah buat saya.
Diri saya manusia bukan?
Kenapa ya, saya kena mengecewakan diri saya, menzaliminya dengan kekecewaan, kesedihan yang berpanjangan, kegagalan dalam kehidupan, hanya kerana saya rasa orang lain semuanya tidak suka akan saya? Hanya kerana saya rasa sahabat-sahabat saya tidak mampu mempertahankan saya? Hanya kerana tiada orang yang mahu memahami saya?
Sedangkan, sepanjang pengetahuan saya, diri saya sentiasa bersama-sama saya. Diri saya tidak pernah meninggalkan saya. Bahkan, diri saya bersama-sama saya semenjak lahir lagi. Lebih daripada itu, apabila saya berdiri di hadapan Allah nanti, diri saya tetap bersama-sama saya. Lebih lagi daripada itu, masa orang semua sibuk dengan diri masing-masing di hari akhirat, diri saya hanya sibuk dengan saya. Haha. Maka mengapakah saya mesti menzalimi diri saya yang amat baik dengan saya ini?
Masa semua orang hentam saya, kutuk saya, keji saya, sahabat-sahabat pula berdiam diri dan tak stand up pun untuk saya, tak back up pun saya, diri saya stand up untuk saya, back up saya. Diri saya adalah yang paling memahami saya, bahkan, dia memahami saya tanpa perlukan apa-apa penjelasan sekalipun. Sedangkan, sahabat terbaik pun, saya perlu jelaskan kepada dia itu dan ini, dan ada kemungkinan pula untuknya tidak jelas juga walaupun selepas mendengar penjelasan saya.
Maka, bukankah saya ini keterlaluan untuk terus duduk diam tanpa meraikan diri saya yang baik itu? Mengapa, kerana orang ramai yang meninggalkan kita tadi, kerana sahabat-sahabat yang bacul tadi, saya mesti bertindak zalim kepada diri saya yang menyayangi saya ini?
Jadi, konklusinya, saya kena hidup dengan kehidupan yang terbaik, untuk membuatkan diri saya yang baik tadi bahagia, senang, tidak terluka dan sebagainya. Membalas kebaikan-kebaikannya kepada saya selama ini dan yang akan datang.
Tidakkah itu sudah cukup untuk saya meneruskan kehidupan?
Nyata Allah itu tidak meninggalkan saya kesunyian bukan?
Apapun yang terjadi, paling kurang saya ada diri saya.
Maka, buat apa saya kena menghentikan kehidupan? Sepatutnya, saya kena buat diri saya tadi bahagia. Teruskan hidup, teruskan perjuangan, teruskan kejayaan.
:-)
Outro Jawapan.
Akhirnya, saya kena bagi sikit outro la kan? Sebab tadi ada mukaddimah.
Jadi kita perlu melihat semula bahawa kita ini datang daripada Allah, balik juga akan balik kepada Allah SWT. Oleh kerana saya rasa, saya ini tak akan mampu nak bayar jasa diri saya tadi, maka ganjaran yang lumayan yang saya mampu usahakan untuknya adalah dengan memberikannya ketenangan abadi selama-lamanya.
Di manakah saya mampu memberikan diri saya ketenangan abadi selama-lamanya?
Semestinya di Syurga Allah SWT. Maka, saya kena berusaha, bersabar, tabah, mengharungi segala mehnah dan tribulasi di atas muka bumi ini, untuk membalas jasa diri saya yang baik tadi. Berikan diri saya, syurga Allah SWT, atas kebaikannya yang tidak berbelah bagi buat saya selama ini.
Tidakkah kita merasakan demikian?
Takkan nak balas dengan neraka, bukan?
:-)
Penutup: Tetapi saya akhirnya menyedari bahawa, saya tidak mampu ditinggalkan sendiri
Ha, jawapan tadi adalah apa yang saya sentiasa berikan kepada diri saya semasa saya down sangat-sangat. Sebab itu, saya kekal bangkit dan berjuang. Berjuang dan berjuang. Hidup dan terus hidup. Menggapai kejayaan dan terus berjaya.
Tetapi akhirnya saya tetap menyedari juga bahawa, saya tidak mampu ditinggalkan sendirian. Saya ada sahabat-sahabat saya. Seperti Tengku Muhammad Fahmi dan Hafiz Zainol Abidin. Walaupun mungkin mereka tidak ‘sepantas’ diri saya mendapatkan saya, tetapi mereka still mendapatkan saya, menenangkan saya, berusaha membantu saya dan menyenangkan saya.
Saya yakin, majoriti manusia sebenarnya mustahil untuk ditinggalkan bersendirian. Kita pasti ada manusia yang Allah jadikan buat kita sebagai sahabat.
Tetapi, untuk worst case scenario, motivasi “Saya ada diri saya sendiri,” adalah jawapan.
Pastinya, selepas itu kita tidak akan mampu menghentikan hidup kita.
Melainkan kita tidak menghargai diri kita sendiri.
:-)

Buat bakal imamku...!!

malumu benteng iman....paksi keimanan...
Assalammualaikum wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

1.Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

2.Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
~al-anbiya~