UJIAN AL-KHALIK...

salam buat akhwatku...murabbiahku...
insan insan yang amat ku rindui ketika ini...
tidak rasa ingin terus disini..
tidak pula rasa ingin pulang ke rumah..
tetapi,bersama mereka yang ku sangat ingini...

musibah itu,
akan indah apabila dihadapi dengan iman..
akan lebih indah andai tak diceritakan..
kerana rahsia diri dengan Tuhan..
akan lebih mewujudkan keintiman..
andai tiada siapa yang mengetahuinya..

Hidup mengharapkan pada orang,
tidak akan mencapai apa-apa...
kerana meraka tidak punya apa apa
yang bisa membahagiakan...
cuma melalui insan-insan soleh,
akan membuat hati ini jatuh cinta pada Pencipta..
betapa indah akhlak dan mujahadah mereka..
membuat aku terus ingin mencapai keredhaanNYA tnpa putus asa...

 Islam itu indah..
tetapan dan takdir penuh hikmah..
tiada yang sia-sia..
segalanya pasti punya sebab dan terbaik buat kita...
tarbiyyah sungguh berkesan di jiwa...
seorang manusia yang memahami...

kehidupan ini perlu diteruskan..
takkan selamanya kita ingin berharap...
wujudkan kekuatan melalui ujian ini..
moga ia menjadi tarbiyyah buat kita hadapinya lagi nanti...

Comments