luahan hati buat seorang ustazah...(luahan hati seorang sahabat yg sedang menuntut di ipta tempatan)

luahan hati buat seorang ustazah...(luahan hati seorang sahabat yg sedang menuntut di ipta tempatan)

oleh Afnan Khumaira pada pada 11hb Oktober 2010 pukul 4.20 ptg


Kenapa yang dinamakan ustazah itu..menyuruh kami menukar penampilan dr bertudung labuh ke tudung 'Arini'katanya 'kamu di bidang engineering tak sesuai''susah utk mendapat pekerjaan'kenapa begitu ye ustazah?tidakkah ustazah tahu tudung tu singkat?bukan saja singkat,malah melekat itukah tuntutan syarak?




duhai ustazah..ustazah sepatutnya membela kami menjaga kami agar kami tidak terpesong tapi sebaliknya yg sedemikian terjadi bukankah tuntutan syarak itu memakai pakaian longgar memakai tudung yang labuh dan menutupi paras dada?seperti yang telah tercatat dalam kalamNYA tidak kiralah bidang perguruan ke,doktor ke,bahkan engineering sekalipun bukannya kami tidak tahu perkara ini telah dibahaskan oleh para penceramah2 hebat kami tahu bila masa kami kena pakai pakaian yang bersesuaian bila pergi ke tapak projek,atau panjat tiang contohnya,kami takkan pakai jubah atau baju kurung kami akan pakai seluar,tp seluar yg macamana?seluar yg masih bertepatan dengan kehendak hukum begitu juga dalam soal tudung harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan





Kenapa yang dinamakan ustazah itu...mengesyorkan kami,atau menggalakkan kami utk ber'couple'kononnya kena cari waktu belajar,nanti susah nak dapat jodohbenarkah begitu ye ustazah?tiada pula kami jumpa dalam ayat2 Allah dan hadith2 baginda syarat utk berkahwin,perlu ber'couple' terlebih dahulu mungkin niat ustazah baik tapi ustazah,matlamat tidak menghalalkan cara yang haram tetap haram,yang batil tetap batil ustazah bukan tidak tahu,bila kami couple apa yg akan jadi?sudah semestinya kami asyik berjumpa dengan pasangan kami tentunya kami akan saling merindui paling confirm, dalam solat kami mesti terbayang wajah si dia ustazah mahukah kami begitu?lainlah kalau ustazah bagitahu kami'ada orang mintak tolong ustazah,carikan bakal ISTERI,kalo kamu bersedia,boleh ustazah kenalkan'bukannya 'eh tak boleh mcmni,ko kena cari time bljr ni,kalo tak, membujang la ko sampai ke tua'takpun 'ha,bwk 'dia' datang jumpa ustazah' (kononya nak tilik serasi ke tak)






wahai ustazahku..tidak kah semua tu mengundang bahaya?bila ada pelajar yang mengandung anak luar nikah,semua orang menunding jari salahkan pelajar itu sedangkan kami telah dicorak sebegitu


ustazah..bukan kami tak mahu menerima nasihat ustazah untuk mencari 'seseorang' semasa waktu belajar tapi kami takut..kami takut seandainya masjid yang kami bina dengan pasangan kami,tidak mendapat redha Allah takut pincang di tengah jalan takut lahir zuriat yang tidak soleh dan solehah takut lahir zuriat yg takut utk berjuang di jalan Allah

ustazah..kami sangat yakin,masih ramai muslimin yg baik2..dan solehyg tidak meletakkan syarat utk ber'couple' sebelum nikah itulah yg kami mahukan muslimin yang meletakkan Allah dihadapannya muslimin yang mengikuti sunnah Baginda .muslimin yang menjadikan syahid sbg matlamat utamanya muslimin acuan Al-Quran..bukan seperti lelaki yg suka 'usha' perempuan bukan lelaki yg bila kedengaran azan,masih melepak,masih bersama dgn pasangannya bukan lelaki yg liat utk ke majlis agama bukan lelaki yg cintakan dunia .harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...





Kenapa yang dinamakan ustazah itu...menyokong utk mengadakan konsert di kampus?bukan konsert nasyid tapi konsert rockyela..rock la tu kalo dah jemput kumpulan meet uncle hussain ada juga pelajar2 tubuh band masing2 kata ustazah, kononnya nak release tension para pelajar, kata ustazah lagi,para pelajar duduk atas kerusi,bg kami,tak mungkin pelajar2 akan duduk kalo dah konsert rock mesti bangun lompat2 jugak..kami ada pengalaman bila dah lagu rock, semuanya lalai sedangkan dalam islam, menurut pendapat ulamak masa kini,muzik diharuskan tapi mesti menepati syarak contohnya tak boleh guna muzik-muzikyang digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan sebagainya. ustazah tentu tahu kan, Nabi bersabda"barangsiapa menyerupai sesuatu kaum,ia seperti tergolong dalam kaum tersebut"


ustazah..dengan konsert tu,kami para pelajar dapat tambah keimanan kami ke ustazah?dengan konsert tu, kami para pelajar akan jadi pelajar yg berakhlak ke ustazah?tidak ustazah..kami pasti, kami semakin lalai dan lekaharap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...


Ustazah..niat kami bukan untuk memandai-mandai jauh sekali untuk menghentam tapi ustazah org yg selalu berbicara ttg Allah kenapa sanggup mengajar dan mendidik kami sebegini?kami menutup aurat,kerana kami ingin ikut apa yg ada dalam kitabullah kami tak nak couple kerana kami tidak mahu lalai dengan cinta yang menjurus kepada zina sedang zina itu byk..zina mata,zina mulut dan zina hati atau perasaan kami membantah perkara-perkara yg akan melalaikan kami kerana kami takut,dalam majlis itu,kami dijemput Allah. kami takut iman kami lemah,kami takut akhlak kami rosakdan, kami takut..hilangnya maruah kami sebagai pembawa syiar Islam!




Harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan....




p/s : luahan ini adalah seorang yang mengadu kepada seorang 'ustazah'.. pada saya, ia adalah sebuah luahan yang menyentuh hati..

Comments