strive!

strive!
Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu; tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya.” (riwayat al-Tirmizi)

Saturday, 12 October 2013

Saya jatuh cinta. ^^

Assalamualaikum wbt.
Salam mahabbah ku lantunkan buatmu pembaca budiman.

Alhamdulillah,Allah telah memberi kekuatan dan daya keupayaan untuk menulis lagi.
Satu masa dulu,setelah hampir setahun berada di bumi Ardul Kinanah,saya begitu rindukan ceramah atau kuliah agama yang menggunakan bahasa melayu sebab disini selalu mendengar ceramah atau kuliah dalam bahasa arab.Saya pun search di youtube ceramah-ceramah melayu.Dalam pencarian itu,saya terjumpa satu video ustazah kesayangan,Ustazah Fatimah Syarha.Satu perkongsian dari beliau yang cukup menarik hati saya.Di dalam video itu,beliau berbicara tentang cinta.Bak kata Hilal Asyraf,apabila kita merasakan air itu manis,kita rasa macam nak share,nak cakap dekat orang yang air ni manis dan sedap.begitu juga kemanisan iman.jadi,saya disini nak share manisnya saya rasa bila dengar kata-kata Ustazah Fatimah Syarha ini.

Cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha yang digariskan Al-Quran.
Al-Quran tidak mengagong-agongkan cinta antara Nabi Yusuf dan Zulaikha seperti yang diagong-agongkan dalam kad-kad kahwin.Tetapi,Al-Quran menekankan pada kita tentang perjuangan seorang Rasul dalam jihad melawan hawa nafsu dan taubat seorang wanita yang cuba untuk berzina.Ia mengajar kita untuk cuba meneladani kegagahan Nabi Yusuf dan taubat Zulaikha.

Nabi Yusuf sedar yang Allah itu adalah cinta matlamatnya dan Imraatil 'aziz itu hanya makhluk.jika kita singkapkan kembali,apabila Nabi Yusuf diperintahkan untuk masuk kedalam bilik,Baginda berada dalam keadaan yang disenangi oleh nafsu namun dideritai oleh iman kerana ketika itu,di dalam bilik hanya mereka berdua dan pintu pula berkunci.Jika Nabi Yusuf tidak menguruskan nafsunya,nabi yusuf akan lentok dengan pujuk rayu zulaikha.Disini,kita dapati satu ibrah.Apabila nafsu datang membelenggu,kita perlu 'tekan' butang pause dan tanyalah pada diri,'aku ni sedang mengikut panduan wahyu atau panduan nafsu?'.inilah kepentingan kita untuk berdialog,berbicara,berdoa,berhubung dengan Allah swt supaya langkahan kita itu terpandu di atas jalan yang diredhaiNya,supaya kita terdorong kuat untuk memilih panduan wahyu.

Nikmat cinta Allah.
Hati Nabi Yusuf sentiasa berhubung kuat dengan cinta Pencipta.tidak mungkin cinta yang suci bercampur dengan cinta yang penuh noda.Apabila raja yang bernama hati itu baik dalam kerajaan diri,soal cinta mudah diuruskan.Nabi Yusuf lebih memilih cinta matlamatnya dan cinta Allah itu jauh lebih besar bagi dirinya.Perasaan nikmat cinta Allah ini tak akan dapat dirasai oleh orang yang tak biasa 'call' dengan Tuhannya,'sms' dengan Tuhannya,'dating' dengan Tuhannya.'call' adalah terus bertemu denganNya apabila dipanggil(azan),'sms' adalah membaca ayat-ayat cinta Allah untuk kita(Al-Quran),dan 'dating' adalah berdua-duaan dengan Allah di kala dini hari.

 Apabila jatuh cinta.....
Ustazah ada memberikan analogi.Apabila kita berpuasa,fitrahnya kita akan rasa nak makan.andaikan bila jam menunjukkan jam 10 pagi,kita pergi mengadap makanan di atas meja atau kita main sedut-sedut air menggunakan straw dalam cawan,kita mesti akan rasa nak berbuka puasa dan nak makan walaupun ketika itu baru jam 10 pagi.begitu juga apabila kita jatuh cinta.jatuh cinta itu fitrah.namun,Adakah bila kita dah jatuh cinta dengan seseorang,kita terus pergi chat si dia dengan perkara-perkara yang tak berfaedah atau call si dia?kita terus pergi main api awal-awal sedangkan ketika itu,masih banyak tuntutan diri yang tidak dipenuhi.apalagi jika selalu dengar lagu-lagu cinta.ia akan membuatkan kita stress memikirkan antara nikah awal atau buat maksiat?

Dalam mengendalikan cinta,renungkanlah sejenak bagaimana si dia menawarkan cinta kepada kita atau bagaimana kita menawarkan cinta kepada si dia.adakah ia menghanpiri redha atau jalan yang menghampiri murka Allah?Ramai remaja berkata,kami tak suka dikongkong-kongkong seperti ini,kami inginkan kebebesan.Namun,sedarilah makna kebebesan sebenar.Hanya dengan meletakkan Allah nombor satu dalam hidup,kita bebas daripada segala bentuk penghambaan kecuali pada Allah yang menciptakan,.bukan dengan merantai diri kita dengan cinta makhluk,dengan seseorang individu sehingga kita terkongkong tidak boleh bebas buat apa yang Allah suka tapi terpenjara kena buat apa yang si dia suka.

Jalan mujahadah
  “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

falsafah puasa mengajar kita untuk taat dan takut kepada Allah.berpuasa janganlah sebab tiada makanan,tapi berpuasalah walau ada banyak makanan kerana dengan itu puasa akan menjadi latihan yang sebenar kepada kita.kita memilih untuk tidak makan sedangkan makanan banyak namun disebabkan kita ingin taat kepada Allah,kita memilih untuk tidak makan.Puasa harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.ia akan meningkatkan kawalan diri.apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa.ia benar-benar satu latihan untuk diri berkata tidak kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika,demi mentaati Allah.manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri,akan menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri.

inilah antara coretan Ustazah Fatimah Syarha dan ada juga saya rujuk dari buku hasil karya Ustaz Hasrizal Jamil.Saya benar-benar telah jatuh cinta dengan kata-kata ustazah dalam video itu dan tulisan ustaz hasrizal jamil tentang puasa di dalam bukunya.
semoga kita dapat sama-sama mempraktikannya.

Sirru ala barakatillah.

Thursday, 10 October 2013

Allah is always here,right?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,Allah mengizinkan lagi untuk menulis di ruangan ini.

Stress
Alhamdulillah.fasa-fasa exam sudah berakhir.satu penyakit yang sering melanda pada saya setiap kali musim exam adalah lemah semangat.membaca buku di akhir waktu,menyebabkan saya selalu tidak dapat bersedia sebaiknya sebelum menghadapi exam.saya terpaksa menghabiskan semua silibus di akhir waktu itu sampai saya rasa stress dan give up terutamanya dalam bidang yang baru saya ceburi ini.penyakit ini memang termasuk dalam treatment list saya yang perlu dirawat secepat mungkin,insyaallah doakan.

Di kala fikiran rasa kusut,diri jadi lemah dan give up,rasa macam gelap masa depan.masa itu macam-macam perkara yang menyinggah di fikiran.Antaranya,rasa nak balik Malaysia dan sambung study di sana,atau balik dan terus bekerja membantu mak dan ayah,atau tukar kos lain dan macam-macam lagi.kadang-kadang sehingga merasa tekad untuk melakukan itu semua.sangat tidak rasional.itulah bahana lemah semangat.

kadang-kadang,ketika sedang belajar di dalam bilik,rasa malas membelenggu,bangun sekejap menjenguk rakan di bilik sebelah untuk melihat apa yang telah dia baca dengan harapan akan ada kekuatan untuk saya tetap strive.namun,badan tetap tersandai di kerusi sejurus kembali ke bilik mengenangkan masih banyak buku yang minta untuk diteliti berbanding rakan di bilik sebelah.

Allah Maha Baik
di celahan itu,hati seolah-olah membisik,tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.Sumber kekuatan itu hanya dariNya.Ya,kadang-kadang apabila kita meluahkan masalah pada orang yang kita percaya dan orang itu berjaya menyuntik semangat kita,kita berasa dialah pemulih semangat kita sampaikan kita lupa yang hakikatnya itu adalah pemberian Allah tanda kasih sayangNya melalui wasilah orang itu.sepatutnya,kita perlu sujud syukur kepada Allah lebih daripada kita berterima kasih dan menghargai orang itu.Namun,kadang-kadang kita terlupa padaNya,terlupa mengucapkan syukur padaNya,terlupa pada hakikat siapa yang memberi.

Apabila kita punya niat untuk menjadi baik,Allah akan hantar orang-orang yang baik pada kita.Benar,itu terjadi dalam hidup saya.Satu hari,saya meminta taujihad dari seorang ukhti yang sealiran kos dengan saya.Nasihat dan kata-katanya sungguh menusuk hati saya.

am    : salam..kak..what inspired you to become a successfull doctor?may i know?
ukhti : salam,huhu.. soalan apakah ini? akak tak jadi doktor lagi la,cuma apa yang memotivasikan akak
          nak pass exam adalah dakwah..dan menjadi doktor buat ummat.ingin menjalankan misi 
          untuk perbaiki ummat dengan pekerjaan doktor.. merawat pesakit dan offer halaqah..membina 
          hospital tarbiyah untuk pesakit.. mentarbiyah seramai mungkin pesakit..
          merawat penyakit fizikal dan hati..huhu
am    : dakwah??ermm..mesti cinta kak pada ummat sangat tinggi..
ukhti : huhu.. tak de la.. akak masih lagi banyak yang perlu diperbaiki..dakwah itulah motivator utama.
         dakwah adalah cinta..insyaAllah am pun boleh pupuk cinta itu..mungkin perlukan masa jugak,  
         perlukan ilmu dan pengetahuan dan kefahaman
am   : dakwah adalah cinta?maksud kak?
ukhti : bila kita menjadikan dakwah itu sebagai cinta, kita sanggup buat apa sahaja untuk dia..insyaAllah..
am    :wah..am bru nk belajar cinta pada tarbiyah..
        ermm..sbnrnya tengah cari solid reason untk bersungguh dalam bidang ini..
ukhti :ooo..
         reason nye ialah Allah tahu kamu mampu, dan dia dah meletakkan kamu di situ.. pasti banyak
         hikmah tersembunyi yang kamu akan nampak nanti.mungkin bukan sekarang, tapi akan datang.
         insyaAllah kena yakin benda tu.
         junior akak sorang 1st year,mengadu nak tukar kos. dia rasa tak mampu bawak kos medic..
         then akak cakap, benda tu biasa.. teruskan je usaha..yakin bahawa kita memang mampu.
         am kena yakin,yakin itu akan menghasilkan tindakan
am    :syukran kak..kak,tolong ingatkan saya time saya mengadu lemah hadapi ujian..saya masih merangkak..
         masih bertatih dalam tarbiyah dan dakwah..juga dlm medic..
ukhti :insyaAllah.. Allah selalu bersamamu.. Dia mendengar rintihanmu
         jaga qiamullail, dhuha, tilawah, istighfar dan mathurat
         jagalah Allah, Allah akan menjagamu.insyaAllah.. ok.. jom study.. akak exam rabu ni.. doakan.
am    :ok.sya pun..exam selasa ni..final..smga kita brjya dunia akhirat..amin...
ukhti :owh.. yeke.. semoga brjaya. jika kamu bersungguh2 dalam mencari keredhaan Allah, Allah
         akan tunjukkan jalanNya.. (29:69) .. all da best

Besar.Besarnya jiwanya..besarnya cita-citanya.semoga cita-citanya tercapai dan semoga saya dapat mengikut jejak langkahnya..Allahumma amin..

Allah menghadiahkan kata-kata taujihad ini untuk saya.Allah tahu saya lemah.walaupun saya tidak bermonolog terus dengan Allah memohon kekuatan,tetapi Allah tetap memberikan kekuatan melalui kehadiran ukhti itu.Allah Maha Baik.betapa sombongnya terasa kerana lebih memilih mengadu pada manusia tanpa merintih,memohon dari Sang Ilahi,yang Maha Kuat,punca segala kekuatan.

Allah itu sayang akan hamba-hambaNya.Allah ciptakan kita bukan untuk dicampakkan kedalam api neraka.malah,Allah tak rela kalau ada airmata yang menangis kecewa.tapi,sifat adil Allah itu yang menuntutNya mencampakkan manusia ke dalam neraka apabila manusia melakukan perkara yang dilarangNya .analoginya,seorang pensyarah yang sangat sayang akan anak muridnya.adakah dengan sayang itu,pensyarah itu akan meletakkan 100 peratus markah anak murid kesayangannya di dalam exam sedangkan dia tidak layak?kalau ya,pensyarah itu memang tidak adil.

Allah itu sayangkan kita lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya.Pernah diceritakan,ketika Rasulullah saw dan para sahabat berehat di satu kawasan,Rasulullah saw terpandang seorang ibu yang tercari-cari anaknya sambil berlari kesana kemari untuk diberikan susu badan.sejurus selepas terjumpa anaknya itu,dia langsung menyusu,mencium dan memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.melihatkan kejadian itu,Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat,"apakah ibu itu sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api?"logik akalnya tidak.Rasulullah saw pun berkata lagi,"Allah sayangkan hamba-hambanya lebih besar dari kasih sayang ibu itu kepada anaknya.

punca kekuatan
sepatutnya waktu solat adalah saat yang paling kita nanti-nantikan  kerana saat itulah kita berdua-duaan dengan Allah.Hanya kita dengan Allah.Allah yang memahami kita.kita dapat meluah segalanya pada Dia.merintih dan memohon segalanya.kerana apa?kerana hanya Dialah..hanya Dialah sebaik baik penolong.hanya Dialah yang dapat membantu kita..dan dari situ,kita akan bertemu punca kekuatan kita..

Hey,don't worry.everything is gonna be okay.Allah is always here,right?~
Put your trust on Him.
tajdidkan niat dan matlamat.
keep calm and strive.

sirru 'ala barakatillah~

Tuesday, 27 August 2013

Evacuation trip

Assalamualaikum wbt..

Lamanya tidak menjenguk blog yang usang ini..kali ini saja ja nak share pengalaman menjadi salah seorang pelajar yang menyertai program evakuasi di mesir iaitu proses kerajaan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir..Program ini bermula pada 20.8.2013 sehinggalah 30.8.2013 iaitulah pada hari Jumaat ini.Pada mulanya saya mengambil keputusan untuk tidak pulang memandangkan saya baru sahaja pulang ke Malaysia..sebenarnya saya dah pulang ke Malaysia pada 24.7.2013 dan sempatlah berpuasa bersama keluarga di Malaysia dan sempat juga berpuasa selama seminggu di Mesir sebelum pulang ke Malayisa..Setelah itu,pada hari raya keenam,saya kembali ke Mesir iaitu pada tarikh 14.8.2013.Saya pulang awal ke Mesir kerana ada sebab tertentu.But,guess what??tak sangka pulak pada hari saya sampai di Misr iaitu 15.8.2013 adalah hari bermulanya pergolakan yang teruk di Misr sehingga negara itu diistihar darurat.

Keadaan ketika demontrasi di salah satu tempat di Cairo.

Hari itu,flight saya sampai di airport Cairo dalam pukul 4 petang.Saya dah pun menempah kereta sewa dengan kawan saya untuk pulang dari airport ke rumah saya di Hayyu Sabi'.Tapi,sampai ja di airport,kawan saya call dan kata tak boleh datang ambil saya di airport sebabnya tak boleh keluar dari rumah.Memang gelisah la waktu tu.tak tahu nak balik naik apa.dekat sejam jugak bincang dengan kawan2 macam mana nak balik rumah..hmmm..

"Kak,kalau kereta sewa tu tak datang,saya nak balik naik apa?naik teksi boleh?"

"Amni,jangan..jangan naik teksi.bahaya sangat sebabnya kat jalan takda kereta.takut nanti driver teksi tu ambil kesempatan pulak."

"Habis tu macam mana kak?"

"ok macam ni,akak dapat tahu,ada pegawai rumah negeri yang tunggu kat airport tu..cuba amni cari pegawai tu.."

"kalau macam tu,oklah..saya cari pegawai tu..terima kasih kak"

Dalam 60 minit lepas call kawan saya,ada 3 orang ustaz datang dan tanya balik naik apa.kami pun cakapla kami tengah cari pegawai rumah negeri.Alhamdulillah,rupanya ustaz2 tu adalah wakil pegawai.lepas itu,kami pun berkumpul untuk dibawa pulang.tapi,dalm taklimat,pegawai cakap,

"ok,kamu semua akan pulang ke Hayyu Asyir sebab hari dah nak gelap dan keadaan sangat bahaya untuk kamu pulang ke tempat masing-masing."

Maka,malam tu kami beradu di rumah negeri Pahang di Hayyu Asyir dan esoknya baru pulang ke rumah negeri Kedah di Hayyu Sabi'.Dalam perjalanan pulang itu,kami nampak asap hitam dari arah Rabaah dan masa tu memang jalan sangat lengang.kalau nak tahu,Cairo ni terkenal dengan bunyi bingit hon2 kenderaan yang sangat banyak di jalan raya.bila dah jadi macam ni,rasa pelik la sebab sunyi ja jalan raya.Dalam pukul 4 petang,sampai la saya di rumah negeri Kedah.Alhamdulillah.

Setelah seminggu berada di Mesir,tup tup kerajaan umum untuk menaja perbelanjaan balik pelajar Malaysia di Mesir.Masa tu saya fikir tak nak balik sebabnya baru datang..lama jugakla fikir sampai semua orang di rumah saya dah hantar pasport.tinggal saya sorang ja belum.bila difikirkan,ahli rumah negeri Kedah semuanya pulang.takkan nak tinggal sorang pulak nantikan.jadi,malam tu,saya pun pergila hantar pasport untuk menyertai program evakuasi itu.

Malam tu juga.dalam pukul 1 pagi,ada orang kejut saya dari tidur dan kata pada saya yang saya dipilih untuk balik ke Malaysia pagi esok.memang terkejutla waktu tu sebab tak kemas apa lagi tapi alhamdulillah dapat join antara trip yang terawal.

Besoknya,saya diarahkan bertolak ke ARMA a.k.a DMAK(Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah).Rupanya ramai jugak yang menjadi peserta macam saya di sana.Pada mulanya,kami dikehendaki ke airport jam 1 petang.tapi ditunda ke pukul 4 petang.setelah beberapa kali bas berulang alik ambil peserta,hari pun gelap dan bas tidak boleh keluar lagi sebab perintah berkurung bermula pada malam hari.Makanya tak dapatla saya join trip terawal naik flight.malam tu kami bermalam di ARMA dalam keadaan yang sangat lapar sebab tak makan nasi lagi dari pagi tadi.Maggi je jadi pengisi perut kami.breakfast esok pun dengan maggi je.huhu..'sihat' punya doctor.Besoknya dalam pukul 8 pagi,kami bertolak ke airport.

sampai di airport,terkejut sangat sebab ramai pelajar Malaysia di sana.rupa-rupanya diorang terpaksa tidur di airport.Ya Allah,betapa syukurnya saya dapat stay kat ARMA.at least ada tilam untuk tidur daripada stay kat airport.Setelah menunggu di airport lebih kurang 6 jam,akhirnya dapat juga naik flight Air Asia X.lega sangat bila dah ada dalam flight.

Makan kek di Cairo airport.lapar punya pasal,telan ja kek ni walaupun tak suka sangat kek.
Lepas 10 jam perjalanan,akhirnya selamat sampai di bumi Malaysia pukul 7.45 pagi.sesampai di KLIA,diserbu para reporters dan cameraman.memang serabutla waktu tu sebab baru bangun tidur kut dari atas flight..huhu..dalam jam 12 tengah hari,ada bas yang disediakan Yayasan Islam Kedah bersedia membawa pulang 39 pelajar Kedah.Alhamdulillah.kami sampai di Seri Mentaloon pada jam 7 petang.perkara yang sama berlaku,kami diserbu reporters dan cameraman untuk di interview.huhu..rasa macam VVIP pun ada..kami diberi taklimat dan jamuan ringan di kediaman mb kedah tu.

Finally,i'm here..at my home..dalam pukul 12 tengah malam,saya selamat sampai rumah..huh...lega rasa..setelah melalui hari-hari yang sangat memenatkan..but,i'm very gratefull dpt balik rumah..lepas ni,tak tahulah lagi bila nak balik Mesir.cairo-kl macam alor star-sg.petani pulak saya rasa sebab balik malaysia haritu 3 minggu ja then balik Mesir and still kat sana juz a week,then,balik semula Malaysia.huhu..macam tak percaya pun ada..tapi,itulah yang berlaku..

Sungguh,ia satu pengalaman yang manis untuk saya.Dalam pada itu,hati ini masih tidak senang mengenangkan saudara2 di Mesir yang semakin meningkat angka kematiaanya.sama2lah kita berdoa supaya Mesir kembali aman..amin..dan doakan kami dapat further study di sana.saya ingin menjadi doctor lulusan al-azhar!

ok.Sirru 'ala barakatillah..
Wassalam.

Friday, 7 June 2013

Cinta yang menggilakan.

In the name of Allah,The most Merciful i start to write..May Allah bless us foerever..

Alhamdulillah,all praises only for Allah.May Allah guide us in His path and keep us on His track forever..amin..selalu sahaja teringatkan pada blog ini dan selalu terfikir apakah tajuk terbaik untuk dikongsi bersama semua.selalu yang terjadi,ketika idea membuak-buak,tiada ruang untuk membuka internet,tetapi ketika dikurniakan peluang untuk menggunakan internet,letih otak memikirkan apa yang boleh ditulis.itulah akibat tak serius dalam bidang penulisan,tidak berusaha bersungguh-sungguh..boleh sahaja nak taip dulu di microsoft word ketika ilham menyinggah di fikiran..hmmm...

Alhamdulillah,sekarang ini sudah berjaya melalui musim genting peperiksaan akhir di dunia,iaitu madah Physiology,Biochemistry,Histology dan Anatomy.Namun,masih berbaki 2 madah,Al-Quran dan Bahasa Arab dalam masa terdekat.Setelah itu,bermulalah musafir panjang majoriti pelajar perubatan tahun satu Universiti Al-Azhar Lil Banat pulang ke Malaysia.Tapi,saya tidak pulang pada tahun ini.Doakan saya dapat memanfaatkan cuti ini sebaiknya.Alhamdulillah,sekarang sedang merangka jadual yang ingin dipenuhkan masa cuti ini.

Sejak kebelakangan ini,fikiran dan hati saya banyak berbicara,mendengar,memahami dan mengkaji tentang cinta.Banyak perkara yang terjadi sangat berkait rapat tentang cinta.Di kelas Tasawwuf,di rumah ukhtie Farah,di rumah kedah,ibu dan ayah,adik-adik tersayang di Malaysia dan banyak lagi situasi yang berbicara tentang cinta pada saya.Pelbagai jenis cinta yang mendatangi sehingga akhirnya saya bertemu tempat kembalinya segala rasa cinta itu.Saya ingin adaptasikan disini kata-kata Fatimah Syarha dalam segmen remaja@IKIM.

Rasa cinta itu fitrah.

Al-Quran tidak mengagong-agongkan pun cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha seperti yang diwar-warkan dalam kad-kad kahwin sekarang ini.Tetapi,Al-Quran menekankan perjuangan seorang Nabi dalam jihad melawan nafsunya dan kemuliaan seorang wanita yang cuba hendak berzina.Point yang perlu diambil disini,biar kita segagah Nabi Yusof dan seinsaf Zulaikha.Nabi Yusof  sedar Allah adalah cinta matlamat dan anak Aziz itu cuma makhluk.Ketika Nabi Yusuf diperintahkan masuk ke dalam bilik,Baginda berada dalam situasi yang sangat disenangi nafsu tapi dideritai iman.Jika Nabi Yusuf tidak mengurus nafsunya,ia akan terlentok dengan si cantik Zulaikha.Namun ketika itu,cinta Pencipta telah menyelubungi seluruh aqal dan fikirannya ketika itu..Hati Nabi Yusuf ini hidup,bekerja,berhubung kuat dengan cinta Pencipta dan banyak bermuhasabah.Nikmat ini hanya boleh didapati oleh orang yang selalu 'call' dengan Allah,'chatting' dengan Allah,'sms' dengan Allah dan 'datting' dengan Allah di sepertiga malam.

Nampaknya tidak sempat untuk saya bercerita.Ada panggilan cinta dari Kekasih yang setia,yang memanggil-manggil untuk memenuhi hati ini dengan cintaNya dan cinta Kekasihnya,Muhammad yang Mulia.
Ada Majlis Qasidah di Hayyu Sadis. :)

Apabila cintaNya yang ingin kita cari,hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu.jangan biarkan masa tidak terisi kerana ia akan diisi oleh benda lain nanti.Bila dah ada niat,azam dan doa,maka yakinlah Allah akan permudahkan jalan bertemuNya...

Salam ukhwah wa mahabbah fillah.

Wednesday, 6 March 2013

Do It! For Ummah,For Rasulullah saw..Lillahi Taala..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,dapat juga ilham untuk menulis dalam blog yang usang ini..pertamanya mohon maaf jika ada followers yang berasa hampa kerana tidak share something yg baru dgn sahabat sekalian.so,mcm mana hari ni..?adakah masa yg berlalu itu dipenuhi dgn perkara yang baik atau sebaliknya.?sahabat,tarik nafas dalam dalam...dengarkan selawat yang teralun itu...dan take time untuk renung dan playback prjalann hidup kita hari ni..apakah sudah ada jawapan yang tepat untuk dijawab tentang apa yang kita lakukan di depan Allah nanti..?

Alhamdulillah,prjalanan hidup saya di Cairo ni baik.terima kasih banyak kepada orang yang mendoakan saya..terasa sangat berbeza dari kehidupan di Malaysia dulu..masa lebih penuh dan padat..sebenarnya,saya seorang yang suka berjalan..kalau di Malaysia dulu,selalu ikut ayah saya berniaga...atau kalau tak,saya akan ikut mak saya settle kerja di bandar..kalau di Misr ni pulak,saya boleh lazimi sikap saya yang suka keluar ni dengan ke majlis ilmu..walaupun orang kata students medic ni time pack,tpi jangan lupa..kita juga punya tanggungjawab terhadap agama.bahagikan masa untuk belajar,dakwah dan tarbiyah..insyaallah,Allah akan bantu..juz yakin itu..takpun,saya akan pergi rumah kawan-kawan saya...selalunya rumah cik Najaa Ajlaa la..sampai macam dah tetap dalam jadual,setiap minggu akan pergi juga rumh dia..sbb dia jela kawan yg paling rapat dgn saya disini..even cost tak sama...but we still update status masing2...

sekarang ni rasa macam nak kena buat banyak sangat benda..tapi,saya ni kalau tak plan,benda yang banyak tu satu pun takkan settle..tula masalah sebenarnya kan..masalah pemuda zaman sekarang..tak plan dgn detail yang akhirnya kerja yang sepatutnya buat,tak terbuat..kadang kadang,bila dah tulis atau cerita kat orang,baru nampak dengan jelas kesalahan yang diri sendiri buat.lepastu,bayangkan pulak diri sendirilah saja nanti yang kena jawab dengan Allah..takda dah orang lain..lagila buat kita takut kan..dan insyaallah akan terlahirlah kudrat kita untu buat atas sbb keyakinan yang kuat bahawasanya akan ada Hari Akhirat.ok,amni!kau kena buat..!caiyok..!

list to do this weekend :-
-study lecture minggu ni.plan time.
-study silibus hadis,Al-Quran dan buku fikrah yang kena baca
-basuh baju
-rearrange daily schedule 

semua seruan,perkongsian di atas ni adalah apa yang saya terima dan azam nak buat tapi ianya belum terlaksana sempurna..sebenarnya,sangat susah bagi saya untuk ubah lifestyle saya yang dulu kepada yang baru ni..kena ada schedule la,kena susun detail2 la,study lecture by lecture dll tu..mmg sgt prlu pada azam,usaha dan doa untuk buat semua ni..tolong doakan saya..saya budak baru nak start..kalau jatuh tu, tolong angkat sat..

ada banyak sebenarnya nak cerita..nak share pasal diskusi kitab Risalah Ila Syabab Al Ummah..lepastu pasal forum bila baju kurung berteu baju melayu dan banyak lagi..suma ni sedikit sebanyak membentuk kefahaman dan pemikiran saya..mind set saya banyakla berubah...tapi,nmpaknya macam tak boleh share lagi..sebab tak sempat..nak kena study!

ok..sampai sini dulu..doakan saya..doakan kita semua...semoga bertambah kecintaan kita kepada Allah,Rasulullah saw dan Al-Quran...amin...

wassalam...sirruu 'ala barakatillah...

Tuesday, 15 January 2013

Prinsip?

Assalamualaikum wbt.

Aku Rindu

Aku rindu,

Kicauan burung berselerakan di dada awan,
kabus tersebar menutupi langit yang cerah,
deruan air terjun yang sungguh membeningkan,
diam bertasbih sang pencipta alam.

Aku rindu,
Suara mendayu manusia2 mengagongkan tuhanNya,
Di kala subuh yang bening dan maghrib yang sunyi,
membuai hati dengan cinta indah Ilahi,
menangisi dosa2 yang dilalui,
terasa segenap makluk turut sama mengagongkanNya.

aku rindu,
Suara2 dalam manusia2 di dalam dewan semangat itu,
Di dalam dewan semangat itu,
byk jiwa2 bangkit dan sedar akan matlamat yang satu,
Bersama murabbi teguh berprinsip,hitam kemas dan lantang bersuara,
memerdekakan diri dan jiwa anak2nya,
Dari jahiliyyah yg membelenggu.

Aku rindu,
Hati yang tidak mengingati mana2 lelaki,
Jiwa yang tidak mengenal mana2 lelaki,
mulut yang tidak berbicara dengan mana2 lelaki,
ketika melihat lelaki itu menjadi satu perkara asing dalam diri,
satu perkara yang tidak menyenangkan.

Aku rindu,
Hati yang merasa asing dengan lagu2 korea bahkan lagu2 melayu yang melalaikan,
Jiwa yang merasa kosong apabila melihat cerita2 yg tidak membri manfaat,
Bahkan terasa ingin menjauh dari semua itu.

Aku rindu,
Suara murabbi mmbuka bicara feqah di surau indah,
Dari maghrib hingga azan isyak,
Suara merdunya mengimamkn solat isyak,
Mengusik bening hati untuk hadir,
Menerima sentuhan kasih dari tuhannya,

Aku rindu,
Suasana itu..
Maktab Mahmud yan..
Engkau yg terindah dalam hidupku.

sir azman dan ustaz zaini

 pun begitu,dunia realiti  ini harus juga diharungi.takkan selamanya nak berada di situ.bagaimana nasib saudara2 yang lain yang memerlukan dan dahagakan agama.maka,hidup harus berprinsip agar tidak mudah kita jatuh dan terpedaya dengan segala godaan2 dunia yang datang kepada kita.misi untuk menjadi seorang yang berprinsip harus bermula.

""Saya ingat bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa seseorang yang benar imannya ialah seseorang yang punyai prinsip. Dia bukanlah manusia jadi-jadian. Bukan juga manusia ikut-ikutan. Bila orang lain elok, maka dia turut elok dan bila orang lain rosak maka dia turut rosak."

sekian,wassalam..

sirru 'ala barakatillah...

1.Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

2.Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
~al-anbiya~