Evacuation trip



Assalamualaikum wbt..

Lamanya tidak menjenguk blog yang usang ini..kali ini saja ja nak share pengalaman menjadi salah seorang pelajar yang menyertai program evakuasi di mesir iaitu proses kerajaan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir..Program ini bermula pada 20.8.2013 sehinggalah 30.8.2013 iaitulah pada hari Jumaat ini.Pada mulanya saya mengambil keputusan untuk tidak pulang memandangkan saya baru sahaja pulang ke Malaysia..sebenarnya saya dah pulang ke Malaysia pada 24.7.2013 dan sempatlah berpuasa bersama keluarga di Malaysia dan sempat juga berpuasa selama seminggu di Mesir sebelum pulang ke Malayisa..Setelah itu,pada hari raya keenam,saya kembali ke Mesir iaitu pada tarikh 14.8.2013.Saya pulang awal ke Mesir kerana ada sebab tertentu.But,guess what??tak sangka pulak pada hari saya sampai di Misr iaitu 15.8.2013 adalah hari bermulanya pergolakan yang teruk di Misr sehingga negara itu diistihar darurat.


Keadaan ketika demontrasi di salah satu tempat di Cairo.

Hari itu,flight saya sampai di airport Cairo dalam pukul 4 petang.Saya dah pun menempah kereta sewa dengan kawan saya untuk pulang dari airport ke rumah saya di Hayyu Sabi'.Tapi,sampai ja di airport,kawan saya call dan kata tak boleh datang ambil saya di airport sebabnya tak boleh keluar dari rumah.Memang gelisah la waktu tu.tak tahu nak balik naik apa.dekat sejam jugak bincang dengan kawan2 macam mana nak balik rumah..hmmm..

"Kak,kalau kereta sewa tu tak datang,saya nak balik naik apa?naik teksi boleh?"

"Amni,jangan..jangan naik teksi.bahaya sangat sebabnya kat jalan takda kereta.takut nanti driver teksi tu ambil kesempatan pulak."

"Habis tu macam mana kak?"

"ok macam ni,akak dapat tahu,ada pegawai rumah negeri yang tunggu kat airport tu..cuba amni cari pegawai tu.."

"kalau macam tu,oklah..saya cari pegawai tu..terima kasih kak"

Dalam 60 minit lepas call kawan saya,ada 3 orang ustaz datang dan tanya balik naik apa.kami pun cakapla kami tengah cari pegawai rumah negeri.Alhamdulillah,rupanya ustaz2 tu adalah wakil pegawai.lepas itu,kami pun berkumpul untuk dibawa pulang.tapi,dalm taklimat,pegawai cakap,

"ok,kamu semua akan pulang ke Hayyu Asyir sebab hari dah nak gelap dan keadaan sangat bahaya untuk kamu pulang ke tempat masing-masing."

Maka,malam tu kami beradu di rumah negeri Pahang di Hayyu Asyir dan esoknya baru pulang ke rumah negeri Kedah di Hayyu Sabi'.Dalam perjalanan pulang itu,kami nampak asap hitam dari arah Rabaah dan masa tu memang jalan sangat lengang.kalau nak tahu,Cairo ni terkenal dengan bunyi bingit hon2 kenderaan yang sangat banyak di jalan raya.bila dah jadi macam ni,rasa pelik la sebab sunyi ja jalan raya.Dalam pukul 4 petang,sampai la saya di rumah negeri Kedah.Alhamdulillah.

Setelah seminggu berada di Mesir,tup tup kerajaan umum untuk menaja perbelanjaan balik pelajar Malaysia di Mesir.Masa tu saya fikir tak nak balik sebabnya baru datang..lama jugakla fikir sampai semua orang di rumah saya dah hantar pasport.tinggal saya sorang ja belum.bila difikirkan,ahli rumah negeri Kedah semuanya pulang.takkan nak tinggal sorang pulak nantikan.jadi,malam tu,saya pun pergila hantar pasport untuk menyertai program evakuasi itu.

Malam tu juga.dalam pukul 1 pagi,ada orang kejut saya dari tidur dan kata pada saya yang saya dipilih untuk balik ke Malaysia pagi esok.memang terkejutla waktu tu sebab tak kemas apa lagi tapi alhamdulillah dapat join antara trip yang terawal.

Besoknya,saya diarahkan bertolak ke ARMA a.k.a DMAK(Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah).Rupanya ramai jugak yang menjadi peserta macam saya di sana.Pada mulanya,kami dikehendaki ke airport jam 1 petang.tapi ditunda ke pukul 4 petang.setelah beberapa kali bas berulang alik ambil peserta,hari pun gelap dan bas tidak boleh keluar lagi sebab perintah berkurung bermula pada malam hari.Makanya tak dapatla saya join trip terawal naik flight.malam tu kami bermalam di ARMA dalam keadaan yang sangat lapar sebab tak makan nasi lagi dari pagi tadi.Maggi je jadi pengisi perut kami.breakfast esok pun dengan maggi je.huhu..'sihat' punya doctor.Besoknya dalam pukul 8 pagi,kami bertolak ke airport.

sampai di airport,terkejut sangat sebab ramai pelajar Malaysia di sana.rupa-rupanya diorang terpaksa tidur di airport.Ya Allah,betapa syukurnya saya dapat stay kat ARMA.at least ada tilam untuk tidur daripada stay kat airport.Setelah menunggu di airport lebih kurang 6 jam,akhirnya dapat juga naik flight Air Asia X.lega sangat bila dah ada dalam flight.

Makan kek di Cairo airport.lapar punya pasal,telan ja kek ni walaupun tak suka sangat kek.
Lepas 10 jam perjalanan,akhirnya selamat sampai di bumi Malaysia pukul 7.45 pagi.sesampai di KLIA,diserbu para reporters dan cameraman.memang serabutla waktu tu sebab baru bangun tidur kut dari atas flight..huhu..dalam jam 12 tengah hari,ada bas yang disediakan Yayasan Islam Kedah bersedia membawa pulang 39 pelajar Kedah.Alhamdulillah.kami sampai di Seri Mentaloon pada jam 7 petang.perkara yang sama berlaku,kami diserbu reporters dan cameraman untuk di interview.huhu..rasa macam VVIP pun ada..kami diberi taklimat dan jamuan ringan di kediaman mb kedah tu.

Finally,i'm here..at my home..dalam pukul 12 tengah malam,saya selamat sampai rumah..huh...lega rasa..setelah melalui hari-hari yang sangat memenatkan..but,i'm very gratefull dpt balik rumah..lepas ni,tak tahulah lagi bila nak balik Mesir.cairo-kl macam alor star-sg.petani pulak saya rasa sebab balik malaysia haritu 3 minggu ja then balik Mesir and still kat sana juz a week,then,balik semula Malaysia.huhu..macam tak percaya pun ada..tapi,itulah yang berlaku..

Sungguh,ia satu pengalaman yang manis untuk saya.Dalam pada itu,hati ini masih tidak senang mengenangkan saudara2 di Mesir yang semakin meningkat angka kematiaanya.sama2lah kita berdoa supaya Mesir kembali aman..amin..dan doakan kami dapat further study di sana.saya ingin menjadi doctor lulusan al-azhar!

ok.Sirru 'ala barakatillah..
Wassalam.

Comments