Allah is always here,right?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,Allah mengizinkan lagi untuk menulis di ruangan ini.



Stress
Alhamdulillah.fasa-fasa exam sudah berakhir.satu penyakit yang sering melanda pada saya setiap kali musim exam adalah lemah semangat.membaca buku di akhir waktu,menyebabkan saya selalu tidak dapat bersedia sebaiknya sebelum menghadapi exam.saya terpaksa menghabiskan semua silibus di akhir waktu itu sampai saya rasa stress dan give up terutamanya dalam bidang yang baru saya ceburi ini.penyakit ini memang termasuk dalam treatment list saya yang perlu dirawat secepat mungkin,insyaallah doakan.

Di kala fikiran rasa kusut,diri jadi lemah dan give up,rasa macam gelap masa depan.masa itu macam-macam perkara yang menyinggah di fikiran.Antaranya,rasa nak balik Malaysia dan sambung study di sana,atau balik dan terus bekerja membantu mak dan ayah,atau tukar kos lain dan macam-macam lagi.kadang-kadang sehingga merasa tekad untuk melakukan itu semua.sangat tidak rasional.itulah bahana lemah semangat.

kadang-kadang,ketika sedang belajar di dalam bilik,rasa malas membelenggu,bangun sekejap menjenguk rakan di bilik sebelah untuk melihat apa yang telah dia baca dengan harapan akan ada kekuatan untuk saya tetap strive.namun,badan tetap tersandai di kerusi sejurus kembali ke bilik mengenangkan masih banyak buku yang minta untuk diteliti berbanding rakan di bilik sebelah.

Allah Maha Baik
di celahan itu,hati seolah-olah membisik,tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.Sumber kekuatan itu hanya dariNya.Ya,kadang-kadang apabila kita meluahkan masalah pada orang yang kita percaya dan orang itu berjaya menyuntik semangat kita,kita berasa dialah pemulih semangat kita sampaikan kita lupa yang hakikatnya itu adalah pemberian Allah tanda kasih sayangNya melalui wasilah orang itu.sepatutnya,kita perlu sujud syukur kepada Allah lebih daripada kita berterima kasih dan menghargai orang itu.Namun,kadang-kadang kita terlupa padaNya,terlupa mengucapkan syukur padaNya,terlupa pada hakikat siapa yang memberi.

Apabila kita punya niat untuk menjadi baik,Allah akan hantar orang-orang yang baik pada kita.Benar,itu terjadi dalam hidup saya.Satu hari,saya meminta taujihad dari seorang ukhti yang sealiran kos dengan saya.Nasihat dan kata-katanya sungguh menusuk hati saya.

am    : salam..kak..what inspired you to become a successfull doctor?may i know?
ukhti : salam,huhu.. soalan apakah ini? akak tak jadi doktor lagi la,cuma apa yang memotivasikan akak
          nak pass exam adalah dakwah..dan menjadi doktor buat ummat.ingin menjalankan misi 
          untuk perbaiki ummat dengan pekerjaan doktor.. merawat pesakit dan offer halaqah..membina 
          hospital tarbiyah untuk pesakit.. mentarbiyah seramai mungkin pesakit..
          merawat penyakit fizikal dan hati..huhu
am    : dakwah??ermm..mesti cinta kak pada ummat sangat tinggi..
ukhti : huhu.. tak de la.. akak masih lagi banyak yang perlu diperbaiki..dakwah itulah motivator utama.
         dakwah adalah cinta..insyaAllah am pun boleh pupuk cinta itu..mungkin perlukan masa jugak,  
         perlukan ilmu dan pengetahuan dan kefahaman
am   : dakwah adalah cinta?maksud kak?
ukhti : bila kita menjadikan dakwah itu sebagai cinta, kita sanggup buat apa sahaja untuk dia..insyaAllah..
am    :wah..am bru nk belajar cinta pada tarbiyah..
        ermm..sbnrnya tengah cari solid reason untk bersungguh dalam bidang ini..
ukhti :ooo..
         reason nye ialah Allah tahu kamu mampu, dan dia dah meletakkan kamu di situ.. pasti banyak
         hikmah tersembunyi yang kamu akan nampak nanti.mungkin bukan sekarang, tapi akan datang.
         insyaAllah kena yakin benda tu.
         junior akak sorang 1st year,mengadu nak tukar kos. dia rasa tak mampu bawak kos medic..
         then akak cakap, benda tu biasa.. teruskan je usaha..yakin bahawa kita memang mampu.
         am kena yakin,yakin itu akan menghasilkan tindakan
am    :syukran kak..kak,tolong ingatkan saya time saya mengadu lemah hadapi ujian..saya masih merangkak..
         masih bertatih dalam tarbiyah dan dakwah..juga dlm medic..
ukhti :insyaAllah.. Allah selalu bersamamu.. Dia mendengar rintihanmu
         jaga qiamullail, dhuha, tilawah, istighfar dan mathurat
         jagalah Allah, Allah akan menjagamu.insyaAllah.. ok.. jom study.. akak exam rabu ni.. doakan.
am    :ok.sya pun..exam selasa ni..final..smga kita brjya dunia akhirat..amin...
ukhti :owh.. yeke.. semoga brjaya. jika kamu bersungguh2 dalam mencari keredhaan Allah, Allah
         akan tunjukkan jalanNya.. (29:69) .. all da best

Besar.Besarnya jiwanya..besarnya cita-citanya.semoga cita-citanya tercapai dan semoga saya dapat mengikut jejak langkahnya..Allahumma amin..

Allah menghadiahkan kata-kata taujihad ini untuk saya.Allah tahu saya lemah.walaupun saya tidak bermonolog terus dengan Allah memohon kekuatan,tetapi Allah tetap memberikan kekuatan melalui kehadiran ukhti itu.Allah Maha Baik.betapa sombongnya terasa kerana lebih memilih mengadu pada manusia tanpa merintih,memohon dari Sang Ilahi,yang Maha Kuat,punca segala kekuatan.




Allah itu sayang akan hamba-hambaNya.Allah ciptakan kita bukan untuk dicampakkan kedalam api neraka.malah,Allah tak rela kalau ada airmata yang menangis kecewa.tapi,sifat adil Allah itu yang menuntutNya mencampakkan manusia ke dalam neraka apabila manusia melakukan perkara yang dilarangNya .analoginya,seorang pensyarah yang sangat sayang akan anak muridnya.adakah dengan sayang itu,pensyarah itu akan meletakkan 100 peratus markah anak murid kesayangannya di dalam exam sedangkan dia tidak layak?kalau ya,pensyarah itu memang tidak adil.

Allah itu sayangkan kita lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya.Pernah diceritakan,ketika Rasulullah saw dan para sahabat berehat di satu kawasan,Rasulullah saw terpandang seorang ibu yang tercari-cari anaknya sambil berlari kesana kemari untuk diberikan susu badan.sejurus selepas terjumpa anaknya itu,dia langsung menyusu,mencium dan memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.melihatkan kejadian itu,Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat,"apakah ibu itu sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api?"logik akalnya tidak.Rasulullah saw pun berkata lagi,"Allah sayangkan hamba-hambanya lebih besar dari kasih sayang ibu itu kepada anaknya.

punca kekuatan
sepatutnya waktu solat adalah saat yang paling kita nanti-nantikan  kerana saat itulah kita berdua-duaan dengan Allah.Hanya kita dengan Allah.Allah yang memahami kita.kita dapat meluah segalanya pada Dia.merintih dan memohon segalanya.kerana apa?kerana hanya Dialah..hanya Dialah sebaik baik penolong.hanya Dialah yang dapat membantu kita..dan dari situ,kita akan bertemu punca kekuatan kita..

Hey,don't worry.everything is gonna be okay.Allah is always here,right?~
Put your trust on Him.
tajdidkan niat dan matlamat.
keep calm and strive.




sirru 'ala barakatillah~

Comments