Saya jatuh cinta. ^^

Assalamualaikum wbt.
Salam mahabbah ku lantunkan buatmu pembaca budiman.

Alhamdulillah,Allah telah memberi kekuatan dan daya keupayaan untuk menulis lagi.
Satu masa dulu,setelah hampir setahun berada di bumi Ardul Kinanah,saya begitu rindukan ceramah atau kuliah agama yang menggunakan bahasa melayu sebab disini selalu mendengar ceramah atau kuliah dalam bahasa arab.Saya pun search di youtube ceramah-ceramah melayu.Dalam pencarian itu,saya terjumpa satu video ustazah kesayangan,Ustazah Fatimah Syarha.Satu perkongsian dari beliau yang cukup menarik hati saya.Di dalam video itu,beliau berbicara tentang cinta.Bak kata Hilal Asyraf,apabila kita merasakan air itu manis,kita rasa macam nak share,nak cakap dekat orang yang air ni manis dan sedap.begitu juga kemanisan iman.jadi,saya disini nak share manisnya saya rasa bila dengar kata-kata Ustazah Fatimah Syarha ini.

Cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha yang digariskan Al-Quran.
Al-Quran tidak mengagong-agongkan cinta antara Nabi Yusuf dan Zulaikha seperti yang diagong-agongkan dalam kad-kad kahwin.Tetapi,Al-Quran menekankan pada kita tentang perjuangan seorang Rasul dalam jihad melawan hawa nafsu dan taubat seorang wanita yang cuba untuk berzina.Ia mengajar kita untuk cuba meneladani kegagahan Nabi Yusuf dan taubat Zulaikha.

Nabi Yusuf sedar yang Allah itu adalah cinta matlamatnya dan Imraatil 'aziz itu hanya makhluk.jika kita singkapkan kembali,apabila Nabi Yusuf diperintahkan untuk masuk kedalam bilik,Baginda berada dalam keadaan yang disenangi oleh nafsu namun dideritai oleh iman kerana ketika itu,di dalam bilik hanya mereka berdua dan pintu pula berkunci.Jika Nabi Yusuf tidak menguruskan nafsunya,nabi yusuf akan lentok dengan pujuk rayu zulaikha.Disini,kita dapati satu ibrah.Apabila nafsu datang membelenggu,kita perlu 'tekan' butang pause dan tanyalah pada diri,'aku ni sedang mengikut panduan wahyu atau panduan nafsu?'.inilah kepentingan kita untuk berdialog,berbicara,berdoa,berhubung dengan Allah swt supaya langkahan kita itu terpandu di atas jalan yang diredhaiNya,supaya kita terdorong kuat untuk memilih panduan wahyu.

Nikmat cinta Allah.
Hati Nabi Yusuf sentiasa berhubung kuat dengan cinta Pencipta.tidak mungkin cinta yang suci bercampur dengan cinta yang penuh noda.Apabila raja yang bernama hati itu baik dalam kerajaan diri,soal cinta mudah diuruskan.Nabi Yusuf lebih memilih cinta matlamatnya dan cinta Allah itu jauh lebih besar bagi dirinya.Perasaan nikmat cinta Allah ini tak akan dapat dirasai oleh orang yang tak biasa 'call' dengan Tuhannya,'sms' dengan Tuhannya,'dating' dengan Tuhannya.'call' adalah terus bertemu denganNya apabila dipanggil(azan),'sms' adalah membaca ayat-ayat cinta Allah untuk kita(Al-Quran),dan 'dating' adalah berdua-duaan dengan Allah di kala dini hari.


 Apabila jatuh cinta.....
Ustazah ada memberikan analogi.Apabila kita berpuasa,fitrahnya kita akan rasa nak makan.andaikan bila jam menunjukkan jam 10 pagi,kita pergi mengadap makanan di atas meja atau kita main sedut-sedut air menggunakan straw dalam cawan,kita mesti akan rasa nak berbuka puasa dan nak makan walaupun ketika itu baru jam 10 pagi.begitu juga apabila kita jatuh cinta.jatuh cinta itu fitrah.namun,Adakah bila kita dah jatuh cinta dengan seseorang,kita terus pergi chat si dia dengan perkara-perkara yang tak berfaedah atau call si dia?kita terus pergi main api awal-awal sedangkan ketika itu,masih banyak tuntutan diri yang tidak dipenuhi.apalagi jika selalu dengar lagu-lagu cinta.ia akan membuatkan kita stress memikirkan antara nikah awal atau buat maksiat?

Dalam mengendalikan cinta,renungkanlah sejenak bagaimana si dia menawarkan cinta kepada kita atau bagaimana kita menawarkan cinta kepada si dia.adakah ia menghanpiri redha atau jalan yang menghampiri murka Allah?Ramai remaja berkata,kami tak suka dikongkong-kongkong seperti ini,kami inginkan kebebesan.Namun,sedarilah makna kebebesan sebenar.Hanya dengan meletakkan Allah nombor satu dalam hidup,kita bebas daripada segala bentuk penghambaan kecuali pada Allah yang menciptakan,.bukan dengan merantai diri kita dengan cinta makhluk,dengan seseorang individu sehingga kita terkongkong tidak boleh bebas buat apa yang Allah suka tapi terpenjara kena buat apa yang si dia suka.

Jalan mujahadah
  “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

falsafah puasa mengajar kita untuk taat dan takut kepada Allah.berpuasa janganlah sebab tiada makanan,tapi berpuasalah walau ada banyak makanan kerana dengan itu puasa akan menjadi latihan yang sebenar kepada kita.kita memilih untuk tidak makan sedangkan makanan banyak namun disebabkan kita ingin taat kepada Allah,kita memilih untuk tidak makan.Puasa harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.ia akan meningkatkan kawalan diri.apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa.ia benar-benar satu latihan untuk diri berkata tidak kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika,demi mentaati Allah.manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri,akan menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri.

inilah antara coretan Ustazah Fatimah Syarha dan ada juga saya rujuk dari buku hasil karya Ustaz Hasrizal Jamil.Saya benar-benar telah jatuh cinta dengan kata-kata ustazah dalam video itu dan tulisan ustaz hasrizal jamil tentang puasa di dalam bukunya.
semoga kita dapat sama-sama mempraktikannya.


Sirru ala barakatillah.


Comments