Prinsip?

Assalamualaikum wbt.





Aku Rindu

Aku rindu,

Kicauan burung berselerakan di dada awan,
kabus tersebar menutupi langit yang cerah,
deruan air terjun yang sungguh membeningkan,
diam bertasbih sang pencipta alam.

Aku rindu,
Suara mendayu manusia2 mengagongkan tuhanNya,
Di kala subuh yang bening dan maghrib yang sunyi,
membuai hati dengan cinta indah Ilahi,
menangisi dosa2 yang dilalui,
terasa segenap makluk turut sama mengagongkanNya.

aku rindu,
Suara2 dalam manusia2 di dalam dewan semangat itu,
Di dalam dewan semangat itu,
byk jiwa2 bangkit dan sedar akan matlamat yang satu,
Bersama murabbi teguh berprinsip,hitam kemas dan lantang bersuara,
memerdekakan diri dan jiwa anak2nya,
Dari jahiliyyah yg membelenggu.

Aku rindu,
Hati yang tidak mengingati mana2 lelaki,
Jiwa yang tidak mengenal mana2 lelaki,
mulut yang tidak berbicara dengan mana2 lelaki,
ketika melihat lelaki itu menjadi satu perkara asing dalam diri,
satu perkara yang tidak menyenangkan.

Aku rindu,
Hati yang merasa asing dengan lagu2 korea bahkan lagu2 melayu yang melalaikan,
Jiwa yang merasa kosong apabila melihat cerita2 yg tidak membri manfaat,
Bahkan terasa ingin menjauh dari semua itu.

Aku rindu,
Suara murabbi mmbuka bicara feqah di surau indah,
Dari maghrib hingga azan isyak,
Suara merdunya mengimamkn solat isyak,
Mengusik bening hati untuk hadir,
Menerima sentuhan kasih dari tuhannya,

Aku rindu,
Suasana itu..
Maktab Mahmud yan..
Engkau yg terindah dalam hidupku.

sir azman dan ustaz zaini


 pun begitu,dunia realiti  ini harus juga diharungi.takkan selamanya nak berada di situ.bagaimana nasib saudara2 yang lain yang memerlukan dan dahagakan agama.maka,hidup harus berprinsip agar tidak mudah kita jatuh dan terpedaya dengan segala godaan2 dunia yang datang kepada kita.misi untuk menjadi seorang yang berprinsip harus bermula.

""Saya ingat bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa seseorang yang benar imannya ialah seseorang yang punyai prinsip. Dia bukanlah manusia jadi-jadian. Bukan juga manusia ikut-ikutan. Bila orang lain elok, maka dia turut elok dan bila orang lain rosak maka dia turut rosak."


sekian,wassalam..

sirru 'ala barakatillah...

Comments