Cinta yang menggilakan.

In the name of Allah,The most Merciful i start to write..May Allah bless us foerever..

Alhamdulillah,all praises only for Allah.May Allah guide us in His path and keep us on His track forever..amin..selalu sahaja teringatkan pada blog ini dan selalu terfikir apakah tajuk terbaik untuk dikongsi bersama semua.selalu yang terjadi,ketika idea membuak-buak,tiada ruang untuk membuka internet,tetapi ketika dikurniakan peluang untuk menggunakan internet,letih otak memikirkan apa yang boleh ditulis.itulah akibat tak serius dalam bidang penulisan,tidak berusaha bersungguh-sungguh..boleh sahaja nak taip dulu di microsoft word ketika ilham menyinggah di fikiran..hmmm...

Alhamdulillah,sekarang ini sudah berjaya melalui musim genting peperiksaan akhir di dunia,iaitu madah Physiology,Biochemistry,Histology dan Anatomy.Namun,masih berbaki 2 madah,Al-Quran dan Bahasa Arab dalam masa terdekat.Setelah itu,bermulalah musafir panjang majoriti pelajar perubatan tahun satu Universiti Al-Azhar Lil Banat pulang ke Malaysia.Tapi,saya tidak pulang pada tahun ini.Doakan saya dapat memanfaatkan cuti ini sebaiknya.Alhamdulillah,sekarang sedang merangka jadual yang ingin dipenuhkan masa cuti ini.

Sejak kebelakangan ini,fikiran dan hati saya banyak berbicara,mendengar,memahami dan mengkaji tentang cinta.Banyak perkara yang terjadi sangat berkait rapat tentang cinta.Di kelas Tasawwuf,di rumah ukhtie Farah,di rumah kedah,ibu dan ayah,adik-adik tersayang di Malaysia dan banyak lagi situasi yang berbicara tentang cinta pada saya.Pelbagai jenis cinta yang mendatangi sehingga akhirnya saya bertemu tempat kembalinya segala rasa cinta itu.Saya ingin adaptasikan disini kata-kata Fatimah Syarha dalam segmen remaja@IKIM.

Rasa cinta itu fitrah.

Al-Quran tidak mengagong-agongkan pun cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha seperti yang diwar-warkan dalam kad-kad kahwin sekarang ini.Tetapi,Al-Quran menekankan perjuangan seorang Nabi dalam jihad melawan nafsunya dan kemuliaan seorang wanita yang cuba hendak berzina.Point yang perlu diambil disini,biar kita segagah Nabi Yusof dan seinsaf Zulaikha.Nabi Yusof  sedar Allah adalah cinta matlamat dan anak Aziz itu cuma makhluk.Ketika Nabi Yusuf diperintahkan masuk ke dalam bilik,Baginda berada dalam situasi yang sangat disenangi nafsu tapi dideritai iman.Jika Nabi Yusuf tidak mengurus nafsunya,ia akan terlentok dengan si cantik Zulaikha.Namun ketika itu,cinta Pencipta telah menyelubungi seluruh aqal dan fikirannya ketika itu..Hati Nabi Yusuf ini hidup,bekerja,berhubung kuat dengan cinta Pencipta dan banyak bermuhasabah.Nikmat ini hanya boleh didapati oleh orang yang selalu 'call' dengan Allah,'chatting' dengan Allah,'sms' dengan Allah dan 'datting' dengan Allah di sepertiga malam.

Nampaknya tidak sempat untuk saya bercerita.Ada panggilan cinta dari Kekasih yang setia,yang memanggil-manggil untuk memenuhi hati ini dengan cintaNya dan cinta Kekasihnya,Muhammad yang Mulia.
Ada Majlis Qasidah di Hayyu Sadis. :)

Apabila cintaNya yang ingin kita cari,hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu.jangan biarkan masa tidak terisi kerana ia akan diisi oleh benda lain nanti.Bila dah ada niat,azam dan doa,maka yakinlah Allah akan permudahkan jalan bertemuNya...

Salam ukhwah wa mahabbah fillah.



Comments