IMPOSSIBLE STORY !

Assalamualaikum wbt.

27 November 2019, kembali dalam dunia penulisan blog ini. Last update beberapa bulan yang lalu, tentang #12dayschallanges with Amni. Post yang saya tulis ketika sedang serabut dengan End Round Exam Paeds. Dan sekarang, Alhamdulillah dah habis Final Exam pun. Dah tamat riwayat tahun 5, doakan saya dan kawan kawan saya lulus, ameen.

Sebenarnya, post kali ini nak bercerita tentang liku perjalanan saya yang sangat ajaib sepanjang tahun 5 Perubatan ini. Banyak sangat benda impossible yang jadi possible sekelip mata. Perjalanan yang sangat menguji mentaliti dan emosi saya, dah rasa macam roller coaster. Tahun 5 Perubatan mengambil masa setahun lebih untuk habiskan. Bermula Oktober 2018 sampailah November 2019. Dan 1 Disember 2019, bermula sesi pengajian Tahun Akhir saya.

Perjalanan "MIRACLE" pertama saya berlaku di bulan September.

Semua kelas lecture & round tamat pada bulan Ogos. September adalah bulan untuk "study leave" bagi kami, pelajar tahun 5. Bulan September juga adalah bulan exam subjek agama. Ada 4 subjek agama di Tahun 5, dua di awal tahun dan dua lagi di akhir tahun, iaitu bulan september. Due to some reason, saya diberitahu saya tak boleh masuk exam agama selang beberapa hari sebelum exam. Selepas saya tahu saya tak dibenarkan masuk, study saya jadi kurang bersemangat. Tapi, kawan-kawan cakap, teruskan belajar dan masuk je exam tu nanti. Saya pun ikutkan sahaja. Pada hari exam, saya berjaya masuk dan jawab separuh soalan exam tersebut. Namun tiba tiba, Coordinator memanggil nama saya dan suruh saya ambil beg saya dan ikut dia keluar dari dewan. Dia ambil kertas exam saya, dan saya pulang dengan tiada perasaan. Masa tu, memang pasrah dari awal. Saya sudah pun menjangkakan perkara tersebut. Saya pergi juga sebab nak mencuba nasib je.

Selama sebulan lebih, saya study dan making up schedule to finish all the sylibus. But end up, saya diberitahu saya tak dapat masuk exam Medic juga. Rasa frust tu memang tak dapat nak bendung, study dah rasa takde semangat langsung. Dari hari hari battle & struggle untuk study, tiba-tiba rasa confuse, patut teruskan study ke atau patut fokus on benda lain ( my work, bisnes etc ). Teruskan hari dengan kekeliruan itu, kadang-kadang rasa study je kadang kadang rasa, study pun bukan boleh masuk exam.

Hari demi hari, sampailah pada tarikh exam tersebut, 13 Oktober 2019. Paper 1 Internal Medicine. Saya study dengan dua orang lagi kawan saya. Kami berkampung di satu rumah sejak bermula study leave lagi. Tapi sejak saya dapat tahu berita sedih tu, saya tak join dengan mereka lagi dah. Saya hanya memberi mereka semangat untuk terus study. 9.30 pagi itu, mereka pun pergi ke kelas untuk amik exam. Saya pula call ibubapa saya, nak mengurangkan rasa sedih yang datang. Tengah-tengah call, tiba-tiba ada panggilan masuk banyak kali. Saya pun minta izin kedua ibu bapa saya untuk hold on, dan saya pick up call tu. Rupanya dari kawan saya di kelas, mengatakan saya boleh masuk exam dan minta saya datang ke kelas dengan segera memandangkan lagi 10 minit exam akan bermula. Perasaan bercampur baur masa tu. Marah, terkejut, gembira dan macam macam lagi lah. Dalam masa 15 minit, saya sampai ke kelas dan ambil exam tu dalam keadaan sangat tak bersedia.

Itulah "MIRACLE" saya yang pertama.  Saya sentiasa berdoa untuk dapat masuk exam juga walaupun masa itu, tak mungkin saya akan dapat masuk. Saya dah dihalau ketika saya amik exam agama, dan saya telah diberi amaran sebanyak dua kali untuk tidak datang ke dewan exam. Allah Itu Maha Baik. He always can make impossible things to be possible. Walaupun saya tak bersedia untuk exam tu, tapi saya rasa bersyukur sebab saya masih boleh masuk exam.

"MIRACLE" kedua saya, ketika paper kedua, Paedatrik.

Paper written, went well Alhamdulillah. Tapi diuji time Clinical & Oral exam.

Pagi tu, dalam pukul 8 pagi, saya sampai di hospital. Doktor panggil nama untuk giliran oral & clinical. Tapi nama saya tiada. Di Clinical & Oral exam Internal Medicine pun nama saya tiada, tapi Doktor ambil nama saya dulu dan examined saya. Saya dapat ambil exam dengan baik, tapi tidak untuk subjek Paeds. Bila tiada nama, doktor cakap, saya kena pergi universiti dan buat surat kebenaran ambil exam dari universiti untuk membolehkan saya masuk. Dalam keadaan saya dah book flight balik Malaysia malam tu, dunia dah seakan gelap.Bertambah gelap bila dah sampai universiti, coordinator tiada. Tunggu punya tunggu, dengan pelbagai usaha, akhirnya saya berjaya dapatkan kebenaran masuk exam itu. Tapi, pada dua hari berikutnya, bukan pada hari itu. Saya, bersama empat orang lagi terpinga-pinga. Saya merayu pada doktor, dan Alhamdulillah. Saya dibenarkan masuk exam pada haritu juga. Hanya saya seorang yang dibenarkan, lagi empat orang terpaksa ambil exam dua hari berikutnya. Ya Allah, sekali lagi "miracle" happened to me.

Saya betul betul rasa nyawa saya di hujung tanduk. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Baik dan dengan sifat PengasihNya, saya diizinkan masuk exam. Mudan mudahan, dengan sifat PengasihNya juga, saya dan kawan kawan saya dapat lulus exam dengan baik Ameen.

Dapat balik Malaysia juga, adalah satu "MIRACLE" juga. Saya beli tiket several days before the day of departure. Impossible sangat pada mulanya tapi dalam hati asyik doa dan sebut je untuk balik, tak sangka dapat balik betul Alhamdulillah.

Ya Allah, tak tahu sebab apa, tapi of course sebab doa ibu bapa saya yang tak pernah putus. Its not because of me at all. Plus ada doa sesapa yang Allah makbulkan. I cant thank you enough. Please doakan juga saya dapat grad next year Ameen.

Currently, cuti sebulan dekat Malaysia. Harini hari keempat Alhamdulillah.

Bila dikenangkan balik, perjalanan degree perubatan saya penuh dengan "MIRACLE" sebenarnya. Despite all ups and down, Allah bring me through it with His Power.

p/s : for those yang wondering why i cant enter the exam. its because of the fees. Enough that word. I cant tell you more.

Btw thank you for your time sparing here. Hope you enjoy and have a good day ahead. Dekat bawah ni saya sertakan ayat seribu dinar, yang saya rasa, ayat ni sangat ajaib. Amalkan setiap kali habis solat insyaallah all going well



Comments