M0N0L0G SERIKANDI KEGEMARAN DARI LAMAN SERIKANDI UMAR..


Sahabatku,
Aku hanya seorang serikandiumar
Hatiku setegas Umar namun mampu juga selembut Abu Bakar
Sekalipun zahirnya aku kuat, ego ku mengatasi segalanya
Namun,
Aku juga seorang wanita, seorang gadis…
Yang pasti menangisi nasib diri
Inilah lumrah seorang wanita
Sudah diciptakannnya sebagai seorang yang lembut dan mudah tersentuh

Serikandiumar ini terus merenung
Merenung jauh prinsip diri yang dipertahankan
Mampukah aku?
Menggapai cita-citaku…
Mencintai-Mu lebih dari segalanya
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku
Kelak, akan ada cinta untukku
Dari insan yang mencintai Allah
Sebagaimana cintaku terhadap-Mu Ya Rabb…

Aku seorang serikandiumar
Yang tidak betah duduk diam
Kerana aku seorang pejuang
Aku akan pastikan diriku sibuk dengan perjuangan ini
Kerana aku mencintai perjuangan ini
Kerana aku….
Kerana aku….
Mahu menggapai syahid di jalan-Mu…

Sahabatku,
Sokonglah aku dari belakang
Aku tidak mahu semangatku goyah
Aku mahu kekal begini
Aku serikandiumar!
Aku akan pastikan aku setegas Umar dalam menegakkan yang benar
Aku akan pastikan kebenaran tersingkap!

Duhai serikandiumar,
Tabahkah dirimu menempuh perjuangan ini
Gapailah cita-citamu
Ketepikan cinta manusia kerana ia perosak perjuangan
Jadilah dikau seperti Rabiatul Adawiyah
Cintanya tulus terhadap Ilahi

Ayuh serikandiumar!
Istiqamahlah dalam perjuanganmu!
Hebatkan thaqafahmu!
Mantapkan ruhiyyahmu!
Engkau berjuang kerana Ilahi
Engkau berjuang kerana cintakan syahid
Jangan sesekali engkau toleh ke belakang!
Allahuakbar!


                                   ~monolog seorang serikandi~

Comments