Penting Untuk Kita Faham

Bismillah...mga dengan petunjuk Allah..

assalamualaikum...

buat post kali ini,ana ingin brkongsi tentg tarbiyyah..jalan tarbiyyah yg sebenar yang sepatutnya kita ambil sebagai jln hidup kita...pntg untuk kita faham,untuk kita dalami,untuk kita amlkan...agar kerinduan kita pada daulah islamiyyah yg sbnar akn mnjadi realiti..ianya brmula dengan individu...dgn diri kita sendiri...

Oleh itu wajib untuk kita mulakan dengan diri kita, duduklah bersama jamaah yang melakukan tarbiyyah, ikatkan diri kita dengan tarbiyyah, pastikan dimana pun kita berada wujud pada diri kita tiga perkara yg bakal ditrgkn pda p0st yg ditiip oleh salah seorang ikhwah di bawah ini...

http://sehijaupadi.blogspot.com/ 

Penting Untuk Kita Faham

oleh Habib Abdul Fisol pada pada 27hb November 2010 pukul 10.07 ptg
Bismillah…

“Tika pagi, sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran, dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding, dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul tiga pagi. Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Mudassir sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil, lagi kulihat Ammar dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil, keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur, mulutnya kumat-kamit, kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang Ammar baca tu, sesekali agak keras suaranya, Subhanallah, Ammar sedang berzikir dan istiqfar dengan tangisan mungkin kerana terkenangkan dosa-dosanya dan mengharapkan keampunan Allah…”

Satu persoalan : Apakah yang akan anda rasa ketika anda terjaga pada jam 3 pagi dan melihatkan suasana sebegitu ?
  • Tidur balik
  • Merasa pelik dan hanya terus melihat dengan penuh kehairanan
  • Rasa bersemangat untuk sama-sama menghidupkan malam itu
Begitulah pentingnya biah(suasana) dalam mempengaruhi kehidupan seharian, tapi kadang-kadang perkara ini terlalu kita ambil mudah dan terus hanyut dalam suasana yang tidak membantu untuk menguatkan iman. Samada dua bagi orang yang tegas dalam hal ini, pertama dia akan wujudkan biah solehah di tempatnya, kalaupun tidak mampu dia akan pindah atau hijrah ke tempat yang ada biah solehah bersama-sama sahabat yang soleh.

................................................................................................................................................

Dunia islam kini membuktikan bahawa penganut-penganutnya yang berpecah-belah dan saling bertelingkah, semuanya kerana kefahaman yang berbeza terhadap agama ini dan wasilah pelaksanaannya, masing-masing asyik dengan agenda perjuangannya sendiri. Ada yang titik berat kepada da’wah pembinaan pemuda saja, yang lain memberantas kemungkaran. Ada yang memerangi bid’ah dan khurafat saja, yang lain sibuk dengan amal shalih dan wirid-wiridnya, dan seterusnya. Mereka seperti orang buta yang sedang mendeskripsikan gajah. Ada yang mengatakan gajah itu tinggi seperti pohon kelapa, sebab yang ia pegang adalah kakinya. Yang lain membantah, gajah itu seperti ular, sebab ia mememgang belalainya. Yang lain juga membantah, gajah itu seperti gentong besar, sebab ia memegang perutnya. Yang lain ikut membantah, gajah itu seperti kipas, tipis dan lebar, sebab ia memegang telinganya.

Dalam masalah ini menuntut kita supaya memahami islam secara menyeluruh dan bagaimana ingin berkomunikasi dengan orang atau kumpulan yang berbeza pendapat dan kefahaman dengan kita, secara mudahnya kita perlu mencari ilmu dan kefahaman, untuk mendapatkan kepentingan ini perlu wujud murabbi(pendidik) dan mutarabbi(orang yang didik), mutarabbi itu adalah diri kita, kita perlu memberi segalanya yang ada pada diri kita untuk mendapatkan kehafaman tersebut, disitu menuntut pada diri kita pengorbanan, ketaatan, disiplin dan kesungguhan.

Untuk memahami islam, tidak lain dan tidak bukan kita perlu memahami Al-Quran dan Hadis. Inilah manhaj dalam kehidupan kita dan inilah silibus utama yang akan digunakan oleh murabbi kita dalam mentarbiyyah diri kita.
Penulis tidak mahu menulis panjang-panjang agar pembaca selesa dan semangat untuk menghabiskan bacaan, secara mudahnya penulis simpulkan, untuk menjadikan diri kita seorang yang benar-benar memahami islam sekaligus mengamalkannya, kita perlu memastikan pada diri kita wujud 3 perkara asas ini walau dimana kita berada, adapun kita berpindah ke tempat lain ia akan terus berkesinambungan :

1.      Ilmu dan kefahaman (ada murabbi dan mutarabbi)
2.      Manhaj
3.      Biah solehah

Wallahu’alam, semoga pembaca mendapat kefahamannya dan mencari untuk kehidupan pembaca.

Ibnmisr91
Kaherah, Mesir

mdah mdahan kita dapat ambil iktibar bersama....an sndiri pun masih baru dalam dunia tarbiyah..dan bertekad ingin serius dalam melaluinya..insyaAllah...dan kita semua perlu memilihnya..kerana inilah jalan nabi dan para sahabat yang sdh trbukti dimuliakn...ayuh...!!kita selusuri smbil beramal...

Comments