Sunday, 16 October 2022

Head in the clouds

 Bismillah.


Hi, Assalamualaikum, meet you again after a while. How are you ? Hows your life ? Are you happy ? Are you feel contented? Hopefully you're doing well. Be happy and always know what you are doing okay. Hehe.

Me ? Hmm. No different. Or maybe a bit progress. Now I'm doing my third rotation for my housemanship, in Orthopedics. Almost 3 months now, one month left to finish this rotation. Seems like great, it is ? I manage to catch the pace. But something lost. Again.


I feel empty. I'm not happy. I'm always in stress and tired. I'm in negative state almost all the time. No space to be positive when what I need to face everyday is only workload and discourangement words from superiors and also my collegues. After several attempt to quit, I manage to stand still. But the feeling of doubt is there. Never go.


After 9 years, I dont know what I have learnt about medicine. Its all like empty head and empty heart. Its like, i just squeeze everything in when exam are coming and pour it again when exam are over. And now, im just being a slave to my superiors, to do all the active plan from their plan of management to every patient. I dont really have chance to learn what and why they manage that way.


I hang there. And keep on hanging. Hoping that one day, i will grow and I will become more passionate. But turn out I become more lost and empty.Thinking about quit again even everyone keep on talking that Orthopedics is the most okay one. But I'm not feeling so.


I just miss Arabic. I miss agama. I miss Tafseer, my favourite things.


But do I have enough passion to further Arabic ?

Do I still have chances to change my career at this age ? 

Do I success if I decided to quit medicine ? What if I failed ?


I just dont know. 






Monday, 14 February 2022

PENGALAMAN HOUSEMANSHIP DI BUMI HSAH

Alhamdulillah. 

Kembali ke ruangan menulis ini. Mengimbau kenangan tulisan dahulu kala, timbul rasa syukur di dalam hati. Liku perjalanan hidup untuk sampai ke tahap ini, tidak mungkin dapat ditempuhi tanpa izin dan kudrat dari Yang Maha Kuasa. Atas rahmatNya, kini saya telah pun mula bertugas sebagai doktor pelatih dan sedang menjalani latihan housemanship saya.

Harini adalah hari ke 81 saya bertugas sebagai doktor pelatih di posting Sakit Puan (Obstetric & Gynaecology) di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas. Jika tiada aral melintang, tempoh berbaki di bahagian sakit puan adalah selama sebulan lagi sebelum berpindah ke posting yang seterusnya.

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang di O&G HSAH di samping ingin menyimpan memori posting pertama saya di blog ini. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat pada yang membaca.

Kenapa saya memilih O&G sebagai posting pertama ?

Ini bergantung kepada individu. Pada saya, O&G berada di turutan yang tengah, dimana tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah. Saya ingin memberi ruang kepada diri saya untuk membiasakan diri di alam pekerjaan di samping tidak mahu terlalu drastik meletakkan tekanan kepada diri dengan mengampil posting yang paling susah terlebih dahulu. Kalau di HSAH, posting yang agak sukar adalah Surgical dan Medical. Turutan ini akan berbeza mengikut hospital. 

Pada mulanya, untuk setiap posting, pasti akan ada fasa tagging. Fasa tagging adalah fasa dimana seorang doktor pelatih akan diletakkan di bawah seorang mentor yang sedikit sebanyak akan memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih tersebut sekaligus menentukan sama ada doktor pelatih tersebut layak untuk offtag atau tidak. Fasa offtag adalah fasa yang agak memenatkan kerana doktor pelatih tersebut akan bekerja  untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari pukul 6.30 am sehingga 10pm. Cuti pula adalah selama sehari dalam seminggu. Jangka masa offtag bergantung kepada mentor, ada yang selama seminggu, dua minggu sehingga sebulan.

Jika sudah offtag, jadual kerja adalah seperti yang ditentukan oleh leader, sama ada AM, PM ataupun night. Sekarang AM dimansuhkan berikutan kekurangan houseman. PM shift adalam dari jam 6.30am-8pm manakala Night shift adalah dari 7pm- 12/2pm esoknya (bergantung wardwork settle pukul berapa). Ya, Night shift mempunyai jangka masa kerja yang lebih lama berbanding PM shift. Ini akan berbeza mengikut posting dan hospital. 

Antara wardwork yang perlu dilakukan oleh seorang doktor pelatih adalah, review patient, follow round specialist, buat active plan yang ditentukan MO/Specialist seperti ambil darah,order Xray/US/Radiology, request darah,request ventilator,pasang branula dan sebagainya. Selain itu, seorang doktor pelatih perlu sediakan consent patient yang perlukan operation, menerangkan procedure dan complications operation tersebut kepada waris dan patient, attend patient yang mempunyai masalah ringan dalam ward seperti maternal tachy, maternal fever, maternal high BP dan sebagainya. Tugasan doktor pelatih akan berbeza mengikut lokasi tugasan. Selain di ward, doktor pelatih akan diletakkan di dalam dewan operation dan di dewan bersalin juga. Seperti di dewan bersalin, seorang doktor pelatih akan lebih terdedah kepada procedure berbanding di ward. Doktor pelatih tersebut perlu memeriksa wanita yang berada dalam active phase of labour, melakukan procedure ARM, bladder catherization, plot partogram, memeriksa bukaan jalan dan melakukan proses kelahiran. Manakala di bilik operation pula, doktor pelatih perlu menjadi assitant untuk kesemua operation yang dijadulalkan seperti Ceasarean section, manual removal of placenta, ERPOC dan sebagainya.

Dari segi mentally dan physically seorang doktor pelatih, ianya agak mencabar terutamanya di fasa awal latihan. Seorang doktor pelatih perlu biasakan diri dengan emosi dan hati yang kental. Kena marah, tak sempat makan, kena sindir, kena pandang serong adalah rutin harian seorang doktor pelatih sebelum dapat membiasakn diri dengan pengetahuan dan procedure lazim di hospital. Be heartless towards that kind of things. Tapi dengan patient, be gentle and understanding. Support system yang kuat sangat diperlukan.

Last but not least, being a doctor is not about having a good standard of life. Its about, your passion, determination, perseverance, and hard work in a way to achieve your dreams of life. Niat kerana Allah kerana ianya juga adalah salah satu jalan ke syurga, menuntut ilmu. Doakan saya kuat dan tabah dalam jalan juang ini. Sampai ketemu di akhir masa. Semoga awak yang membaca, dilimpahi kebaikan dari Yang Maha Esa, dan semoga juga, awak dilindungi dari wabak yang tengah merebak berleluasa sekarang ini. Ameen YRA.

Assalamualaikum WBT.








Tuesday, 26 November 2019

IMPOSSIBLE STORY !

Assalamualaikum wbt.

27 November 2019, kembali dalam dunia penulisan blog ini. Last update beberapa bulan yang lalu, tentang #12dayschallanges with Amni. Post yang saya tulis ketika sedang serabut dengan End Round Exam Paeds. Dan sekarang, Alhamdulillah dah habis Final Exam pun. Dah tamat riwayat tahun 5, doakan saya dan kawan kawan saya lulus, ameen.

Sebenarnya, post kali ini nak bercerita tentang liku perjalanan saya yang sangat ajaib sepanjang tahun 5 Perubatan ini. Banyak sangat benda impossible yang jadi possible sekelip mata. Perjalanan yang sangat menguji mentaliti dan emosi saya, dah rasa macam roller coaster. Tahun 5 Perubatan mengambil masa setahun lebih untuk habiskan. Bermula Oktober 2018 sampailah November 2019. Dan 1 Disember 2019, bermula sesi pengajian Tahun Akhir saya.

Perjalanan "MIRACLE" pertama saya berlaku di bulan September.

Semua kelas lecture & round tamat pada bulan Ogos. September adalah bulan untuk "study leave" bagi kami, pelajar tahun 5. Bulan September juga adalah bulan exam subjek agama. Ada 4 subjek agama di Tahun 5, dua di awal tahun dan dua lagi di akhir tahun, iaitu bulan september. Due to some reason, saya diberitahu saya tak boleh masuk exam agama selang beberapa hari sebelum exam. Selepas saya tahu saya tak dibenarkan masuk, study saya jadi kurang bersemangat. Tapi, kawan-kawan cakap, teruskan belajar dan masuk je exam tu nanti. Saya pun ikutkan sahaja. Pada hari exam, saya berjaya masuk dan jawab separuh soalan exam tersebut. Namun tiba tiba, Coordinator memanggil nama saya dan suruh saya ambil beg saya dan ikut dia keluar dari dewan. Dia ambil kertas exam saya, dan saya pulang dengan tiada perasaan. Masa tu, memang pasrah dari awal. Saya sudah pun menjangkakan perkara tersebut. Saya pergi juga sebab nak mencuba nasib je.

Selama sebulan lebih, saya study dan making up schedule to finish all the sylibus. But end up, saya diberitahu saya tak dapat masuk exam Medic juga. Rasa frust tu memang tak dapat nak bendung, study dah rasa takde semangat langsung. Dari hari hari battle & struggle untuk study, tiba-tiba rasa confuse, patut teruskan study ke atau patut fokus on benda lain ( my work, bisnes etc ). Teruskan hari dengan kekeliruan itu, kadang-kadang rasa study je kadang kadang rasa, study pun bukan boleh masuk exam.

Hari demi hari, sampailah pada tarikh exam tersebut, 13 Oktober 2019. Paper 1 Internal Medicine. Saya study dengan dua orang lagi kawan saya. Kami berkampung di satu rumah sejak bermula study leave lagi. Tapi sejak saya dapat tahu berita sedih tu, saya tak join dengan mereka lagi dah. Saya hanya memberi mereka semangat untuk terus study. 9.30 pagi itu, mereka pun pergi ke kelas untuk amik exam. Saya pula call ibubapa saya, nak mengurangkan rasa sedih yang datang. Tengah-tengah call, tiba-tiba ada panggilan masuk banyak kali. Saya pun minta izin kedua ibu bapa saya untuk hold on, dan saya pick up call tu. Rupanya dari kawan saya di kelas, mengatakan saya boleh masuk exam dan minta saya datang ke kelas dengan segera memandangkan lagi 10 minit exam akan bermula. Perasaan bercampur baur masa tu. Marah, terkejut, gembira dan macam macam lagi lah. Dalam masa 15 minit, saya sampai ke kelas dan ambil exam tu dalam keadaan sangat tak bersedia.

Itulah "MIRACLE" saya yang pertama.  Saya sentiasa berdoa untuk dapat masuk exam juga walaupun masa itu, tak mungkin saya akan dapat masuk. Saya dah dihalau ketika saya amik exam agama, dan saya telah diberi amaran sebanyak dua kali untuk tidak datang ke dewan exam. Allah Itu Maha Baik. He always can make impossible things to be possible. Walaupun saya tak bersedia untuk exam tu, tapi saya rasa bersyukur sebab saya masih boleh masuk exam.

"MIRACLE" kedua saya, ketika paper kedua, Paedatrik.

Paper written, went well Alhamdulillah. Tapi diuji time Clinical & Oral exam.

Pagi tu, dalam pukul 8 pagi, saya sampai di hospital. Doktor panggil nama untuk giliran oral & clinical. Tapi nama saya tiada. Di Clinical & Oral exam Internal Medicine pun nama saya tiada, tapi Doktor ambil nama saya dulu dan examined saya. Saya dapat ambil exam dengan baik, tapi tidak untuk subjek Paeds. Bila tiada nama, doktor cakap, saya kena pergi universiti dan buat surat kebenaran ambil exam dari universiti untuk membolehkan saya masuk. Dalam keadaan saya dah book flight balik Malaysia malam tu, dunia dah seakan gelap.Bertambah gelap bila dah sampai universiti, coordinator tiada. Tunggu punya tunggu, dengan pelbagai usaha, akhirnya saya berjaya dapatkan kebenaran masuk exam itu. Tapi, pada dua hari berikutnya, bukan pada hari itu. Saya, bersama empat orang lagi terpinga-pinga. Saya merayu pada doktor, dan Alhamdulillah. Saya dibenarkan masuk exam pada haritu juga. Hanya saya seorang yang dibenarkan, lagi empat orang terpaksa ambil exam dua hari berikutnya. Ya Allah, sekali lagi "miracle" happened to me.

Saya betul betul rasa nyawa saya di hujung tanduk. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Baik dan dengan sifat PengasihNya, saya diizinkan masuk exam. Mudan mudahan, dengan sifat PengasihNya juga, saya dan kawan kawan saya dapat lulus exam dengan baik Ameen.

Dapat balik Malaysia juga, adalah satu "MIRACLE" juga. Saya beli tiket several days before the day of departure. Impossible sangat pada mulanya tapi dalam hati asyik doa dan sebut je untuk balik, tak sangka dapat balik betul Alhamdulillah.

Ya Allah, tak tahu sebab apa, tapi of course sebab doa ibu bapa saya yang tak pernah putus. Its not because of me at all. Plus ada doa sesapa yang Allah makbulkan. I cant thank you enough. Please doakan juga saya dapat grad next year Ameen.

Currently, cuti sebulan dekat Malaysia. Harini hari keempat Alhamdulillah.

Bila dikenangkan balik, perjalanan degree perubatan saya penuh dengan "MIRACLE" sebenarnya. Despite all ups and down, Allah bring me through it with His Power.

p/s : for those yang wondering why i cant enter the exam. its because of the fees. Enough that word. I cant tell you more.

Btw thank you for your time sparing here. Hope you enjoy and have a good day ahead. Dekat bawah ni saya sertakan ayat seribu dinar, yang saya rasa, ayat ni sangat ajaib. Amalkan setiap kali habis solat insyaallah all going well



Monday, 17 September 2018

Insecurities






Bismillah.

Hi, glad to see you again. For today, Im gonna write about current issue coming up in my mind. Its about insecurities. Let me define for you what is that actually. Insecurities means lack of confidence about your self or self doubt. I bet all people having their own insecurities, no one immune to that. Insecurities is dangerous as it can kill self esteem.

Insecurities with our own personality, character, dressing up, shape of body, face, education, relationship and list goes on. Its usually coming up when we compare ourself with others or just being around with other peole that look like having more than us.

Hey girls, listen here.

Stop being unhappy with yourself. You are perfect. Stop wishing you looked like someone else or wishing people like you as much as they like someone else. Stop trying to get attention from those who hurt you, stop hating your body, your face, your personality, your quirks, love them. Without those things, you wouldn't be you. Your happiness is not depends on others.

Self worth is vital to your happiness. If you dont feel good about you, its hard to feel good about anything else.

Overthinking kills your hapiness.
Confidence is silent. Insecurities are loud.

Monday, 10 September 2018

COMEBACK 2018 !

Bismillah.

Assalamualaikum wbt. Salam buat yang masih sudi menjengah ruangan bicara hati saya setelah 2 tahun menyepi. Alhamdulillah, jasad masih bernyawa di dunia nyata, hanya menyepi di ruangan blogger. Tapi sebenarnya masih aktif menulis di ruangan wordpress dan ruangan words sendiri. Faktor utama mestilah disebabkan internet sources. Alhamdulillah sekranag dah ada wifi.

Ok Lets begin. For coming back ni, nak update sikitlah keadaan sekarang. Now, Im currently waiting for my 5th year class that will be starting on 1st Oct 2018. Alhamdulillah,dalam berliku perjalanan perubatan ini, sudah maju hingga ke tahap sekarang. Masih bertahan dan masih terus berjuang. Supposed to be Im doing my 6th year now but because Im suck in my 3rd year, so i have to extend the journey. Okay, lets not regret or sad. Too many lessons to learn.

Basically, Im back with a new version. Keeping more positivity inside, looking forwards for my future and dreams InsyaAllah. No more sedih2 dan easily discorouge like my old post. Haha. Satu side rasa malu bila baca balik sedikit sebanyak tulisan dulu-dulu tapi satu side lagi rasa untung sebab menulis, so boleh flashback balik segala memori dan personaliti dulu.

Disebabkan hampir sebulan lagi kelas nak mula, so kita kirija dulu. For almost 2 years, Im working at the same place which is Hotrock Cafe Cairo. Satu tempat yang punya tempat istimewa di hati ini. Kena buat post baru untuk update pasal Hotrock ni. My ups and downs in 2 years before. Alhamdulillah. So far so good. Kena update niat hari-hari sebelum pergi kerja baru dapat bersemangat dan ikhlas. Sebab kalau nak diikutkan suasana, banyak beza dari dulu. Dari segi workmates especially. Having my old good friends will be much more better but people comes and go, thats how life going on. But so far Alhamdulillah.

For currently housemate and best friends, well. I have lost my old good friends which is Najaa, Haliah & Ilmi but now I do have another good friends around me. We do close each others since my old good friends were bfg on Dec 2017. The most closest one is Azlin,then Maryam and Nurin. Raihan was far at Sayyeda Zainab but she also the main role in my life. My circle is getting smaller and Im not sure why.

About my studies, look like i need to update a special post for them because for me, its an ongoing process that i need to upgrade within times. What the basic point to be highlighten ? Of course the tecnique to study and cover and memorize all the topics. Basically, 5th year is the most adventerous year in medical school AFMG. So, my recently study tecnique need to be double efforts because Amni is not so good in studies. She really need to learn about determination and commitment in studies as well as a medical students should have to do.

Next will be my currently reading. It is The Magic written by Rhonda Byrne. Basically, this book is about gratitudes. Well, in Islam, this always be the most one to be reminded from time to time. So,as a Muslim, supposed to be Master in practicing grateful for everything that we  have. Good write up and highly recommended.

So, i think this is enough for the comeback. I will keep updating so that I can collect my memoirs for my future. till we meet again soon.

Thank you for those having me. With peace and bless. Ameen.





Sunday, 17 April 2016

Learning session, Dr Amni Nadiah.



Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

18 April 2016
Satu pengajaran yang Tuhan bagi pada aku harini.

Amni,
Manusia itu tidak selalu bertindak mengikut apa yang kita jangka atau apa yang kita nak. Satu contoh, kau merasakan kau tidak judge orang lain sebab people change. Rasa unfair bila kita nak judge people based on satu sudut hidupnya sahaja yang kita nampak. But, satu benda yang kau kena ingat, kau jangan ingat orang takkan judge kau sebab orang pun akan sama fikiran dengan kau. Manusia berbeza. Mereka akan judge kau, Amni.

Cuma,ingatlah,jangan pernah pandang apa pandangan manusia pada kau. Jangan pernah merasa down dengan tohmahan atau pandangan buruk mereka pada kau.When writing your story of your life, don’t let anyone else hold the pen. Kau belajar, Amni. Kau rasainya dan kau belajar. People change. When doing a mistake, think and correct it. Write and remember. Learn.

Biarlah. You cannot hold their mind. Cherish your life and be happy. 

Amni,
Satu lagi benda yang penting. Kalau manusia buat baik dengan kau, kau kena buat baik dengan manusia. Tapi kalau manusia buat jahat dengan kau, maafkan dan lupakan.For example, When someone taking care about you, Please learn to take care about them too even you really don’t know how to do that.
Ask them, how about their day ? Where are you ? Are you okay ?
3 questions you must remember. Jangan beralasan yang selama ini orang tak pernah nak taking care pasal kau dan kau pun tak reti nak taking care kat orang. People learn kan, Amni. Same goes to you. You must learn.

****************************************************************************

Manusia ini, Allah dah ciptakan berpasang-pasangan. Memang setiap jasad itu, ada pasangannya. Tuhan dah cipta. Cumanya, kalau tak dapat di dunia, Allah simpan di akhirat sana. Cumanya, masa cepat atau lambat. Ketika semua sudah berpunya, jangan pernah merasa kita punya kekurangan. Ingat, kita juga ada. Kita pun sudah berpunya. Hanya belum tiba masanya. Pakai cermin mata hitam and just be cool.
Jangan pernah murahkan maruah diri. Jangan pernah meratap dan mengharapi. Kerana itu hanya perlakuan manusia yang terlalu murah dan tidak berharga. Hidup kita bukanlah menjadi hamba cinta. Hidup ini punya matlamat dan tujuan. Kejar itu. Redha Tuhanmu. Kebahagiaan ibubapamu.

*****************************************************************************

Kehidupan adalah perjuangan. Perjuangan itu tidak hanya ada kesenangan. Jatuh, rebah, tersungkur itu benda biasa. Menangis dan letih itu makanan harian sebuah perjuangan. Hanya satu yang kau perlu janji, bangun. Bangkit balik dari jatuh itu. Kekal tegak dan bertahan. Dan setelah itu,kau akan rasai kemanisan sebuah kemenangan.

Amni,
Ingat satu benda. Biarlah kita lalui jalan yang teruk dan berliku, asalkan kita berjaya lalui jalan itu. Orang-orang yang berjaya, semuanya melalui kesusahan. Cuma kita tidak mengetahuinya.Tak usah peduli orang lain macam mana. Jalan kita ada di depan kita. Laluilah laluan liku kita sebab jalan kita adalah jalan kita. Biar senang atau susah, kerana itu yang Allah beri kepada kita.Teruskan berdoa dan jangan putus doa untuk sabar dan kuat.

Kerana kau insan terpilih,
Dr Amni Nadiah.

 

Saturday, 19 December 2015

Oct Girl Stories.

Assalamualaikum wbt.

Hai Hai. I’m back again after half year. Dah berhabuk dah sebab lama sangat tinggal. Semoga semua dalam keadaan sejahtera hati dan jiwa. Masih bernafas dalam jiwa hamba.

Its already December of 2015. Sangat singkat rasanya tahun 2015 ini berlalu dan sekarang sudah ingin melangkah pergi. Banyak kenangan manis dan pengalaman yang dapat dilalui sepanjang tahun ini. Tahun dimana dapat balik Malaysia and see my mom and dad, and I can feel careers world when I got a job at Tesco for a while and I can buy my dress for Aidilfitri with my own salary. Oh, I’m felt great !

But, its also though year for me. Very though in my life. Yeah, every post of me I always state that my life is so hard and sad but I think this is the most. Hmm.. Dr Fadzilah Kamsah told, October person is easily discouraged.Huhu,really need to change. But I try to put my trust on Him. He bring me here and He will not leave me alone.

The starting is , that moment when I got my result of last semester, I’m really feel very useless. I cant make my parents happiness, I cant get the scholarship, I have to leave my bacthmates and I’m lost my own confident totally. Just in a blink of the eyes. I’m dying.

But now, after 2 months that’s full with ‘weird’ action of mine,err.. kind of rebellion maybe, I’m just realized. That I must go on and take it as a challenges of my journey. I still have another chances to make it right.
Kesian kawan-kawan, terpaksa face dengan sikap yang pelik dan kadangkala merbahaya jugakla. Sebab rasa lifeless sangat. Sila jangan tiru aksi ini, okay ?

Then, bermulalah langkah dan plan saya untuk semester ini. I got my schedule for mid term examination. It will be at the last of Jan.Please,do pray for me. I have make a new schedule for my study, and I also take a tuition. Takdelah tuition sangat pun, more kepada personal learning with one of my friend here.

Nak cerita sikit pasal kawan saya ni. Saya kenal dia dah hampir 5 tahun,sebelum datang Mesir lagi dah kenal. Bagus kawan saya ni. Dia selalu tolong. Paip bocor, lampu rosak, flush tak berfungsi, nak cari photographer and so many things lagi yang dia dah tolong. Banyak betul kemahiran dia. Saya minta dia ajar saya memandangkan saya suka cara dia mengajar . Lebih luas pengalaman dan pandangan. Saya lebih faham dan nampak secara praktikalnya teori-teori yang saya baca dalam buku. Dah masuk tahun keempat, baru tahu paru-paru berair tu adalah acute pulmonary edema. Really, I’m just reading a medicine book like a story book ja sebelum ni. Huh ! Teruk betul.

And the next plan is income. I’m really need to find a money. I’m searching for any job here. If you know, please contact me. In this Jan, I will be a babysitter. Please do pray for me memandangkan saya takda pengalaman sangat nak handle baby ni melainkan pernah jaga sekejap sekejap saja. Bila dah jadi babysitter ni, kena mandikan dia, kena bagi dia susu yang ibunya dah bekalkan, kena tidurkan dia dan kena main main dengan dia. Ohmai, taktahulah boleh ke tak. When I ask my mom’s opinion, she said that “you must be cautions because it is highly risk job but it also good for your future.”
Grrr.. lambat lagi la..huhu.

Okay, its really long enough. Takut nanti orang penat dah nak baca. We will meet again next time. Its very nice if I can know your opinion or comments anything about me. Just for courage other people to make something good. You guys can drop comment down below or do contact me.

Thank you !

Dearself,
Smile sis, be strong and stay strong.

Wassalam.



Head in the clouds

 Bismillah. Hi, Assalamualaikum, meet you again after a while. How are you ? Hows your life ? Are you happy ? Are you feel contented? Hopefu...