Bismillah.
Assalamualaikum wbt.
18 April 2016
Satu pengajaran yang Tuhan bagi pada aku harini.
Amni,
Manusia itu tidak selalu bertindak mengikut apa yang kita
jangka atau apa yang kita nak. Satu contoh, kau merasakan kau tidak judge orang
lain sebab people change. Rasa unfair bila kita nak judge people based on satu
sudut hidupnya sahaja yang kita nampak. But, satu benda yang kau kena ingat,
kau jangan ingat orang takkan judge kau sebab orang pun akan sama fikiran
dengan kau. Manusia berbeza. Mereka akan judge kau, Amni.
Cuma,ingatlah,jangan pernah pandang apa pandangan manusia
pada kau. Jangan pernah merasa down dengan tohmahan atau pandangan buruk mereka
pada kau.When writing your story of your life, don’t let anyone else hold the
pen. Kau belajar, Amni. Kau rasainya dan kau belajar. People change. When doing
a mistake, think and correct it. Write and remember. Learn.
Biarlah. You cannot hold their mind. Cherish your life and
be happy.
Amni,
Satu lagi benda yang penting. Kalau manusia buat baik dengan
kau, kau kena buat baik dengan manusia. Tapi kalau manusia buat jahat dengan
kau, maafkan dan lupakan.For example, When someone taking care about you,
Please learn to take care about them too even you really don’t know how to do
that.
Ask them, how about their day ? Where are you ? Are you okay
?
3 questions you must remember. Jangan beralasan yang selama
ini orang tak pernah nak taking care pasal kau dan kau pun tak reti nak taking
care kat orang. People learn kan, Amni. Same goes to you. You must learn.
****************************************************************************
Manusia ini, Allah dah ciptakan berpasang-pasangan. Memang
setiap jasad itu, ada pasangannya. Tuhan dah cipta. Cumanya, kalau tak dapat di
dunia, Allah simpan di akhirat sana. Cumanya, masa cepat atau lambat. Ketika
semua sudah berpunya, jangan pernah merasa kita punya kekurangan. Ingat, kita
juga ada. Kita pun sudah berpunya. Hanya belum tiba masanya. Pakai cermin mata
hitam and just be cool.
Jangan pernah murahkan maruah diri. Jangan pernah meratap
dan mengharapi. Kerana itu hanya perlakuan manusia yang terlalu murah dan tidak
berharga. Hidup kita bukanlah menjadi hamba cinta. Hidup ini punya matlamat dan
tujuan. Kejar itu. Redha Tuhanmu. Kebahagiaan ibubapamu.
*****************************************************************************
Kehidupan adalah perjuangan. Perjuangan itu tidak hanya ada kesenangan.
Jatuh, rebah, tersungkur itu benda biasa. Menangis dan letih itu makanan harian
sebuah perjuangan. Hanya satu yang kau perlu janji, bangun. Bangkit balik dari
jatuh itu. Kekal tegak dan bertahan. Dan setelah itu,kau akan rasai kemanisan
sebuah kemenangan.
Amni,
Ingat satu benda. Biarlah kita lalui jalan yang teruk dan
berliku, asalkan kita berjaya lalui jalan itu. Orang-orang yang berjaya, semuanya
melalui kesusahan. Cuma kita tidak mengetahuinya.Tak usah peduli orang lain
macam mana. Jalan kita ada di depan kita. Laluilah laluan liku kita sebab jalan
kita adalah jalan kita. Biar senang atau susah, kerana itu yang Allah beri
kepada kita.Teruskan berdoa dan jangan putus doa untuk sabar dan kuat.
Kerana kau insan terpilih,
Dr Amni Nadiah.
Comments