Bangkitkan himmahmu!



Assalamualaikum..

sihat ke semua?mudah mudahan semua sihat..kalau yang tak sihat tu,jangan sedih..ingat Allah sentiasa disisi..sambil tahan sakit,genggam tangan kuat kuat dan pejam mata,cakapkan pada diri,'Allah sayangkan aku' berulang-ulang kali...dan cuba kita fikir,setelah nikmat sihat yang dikurniakan di hari-hari sebelum ni,kenapa kita nak salahkan Allah bila Dia bagi sakit hanya untuk beberapa hari..dan untuk buang dosa kita juga..

Dalam menjalani hari-hari summer break ni,baru terasa,berat lagi ujian diri time holidays dari time ada class..kalau dulu,masa dari pagi hingga ke petang ada class..hanya malam yang ada untuk pergi pengajian ke,program ke atau aktiviti sendiri..tapi sekarang dah tak tahu nak buat apa..kalau dibiarkan waktu ni berlalu begitu sahaja,rasa bersalah menyelubungi...sebab kak Aina selalu cakap,

"Amni,setiap detik waktu akan ditanya Allah.apa yang kita buat untuk isi masa itu dan Allah akan tanya apa yang kita buat untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah.."

bila fikir,memang tersentap la..kan...?

tadi scroll down wall Fb,Allah bagi jumpa kata-kata ni..

"dare to dream big!
if u tell people about your dream,
and they did not tell you are crazy,
then that means your dream is not big enough!

bila kita takde matlamat, kita akan kata,
"boringlah, takde mende nak buat"
so, carik matlamat yang jelas!
and sekalikan usaha yang menghala ke arah matlamat tu
jangan dah ada matlamat tapi buat goyang kaki je haishh

jangan berputus asa,
kegagalan hanyalah kejayaan yang tertangguh
keep fighting! "

- Amin Idris, motivator, personaliti tv, etc

saya rasa macam nak start pasang angan-angan dan impian yang lebih tinggi lepas ini..
lepas tu,terjumpa pula yang ini,
 
" umat harini sebenarnya sangat tenat, betul-betul tenat.
belum sempat sembuh daripada luka semalam, datang luka baru."
meaning to say, umat islam zaman sekarang ni baru je nak kukuhkan diri dengan ilmu agama
tapi dah disogok dengan bermacam bentuk hiburan and kelalaian
sehinggakan kembali lemah, umpama buih-buih di lautan

tanya diri sendiri, apakah perkara paling berharga dalam hidup kita?
adakah jawapan kita, tablet? kereta? rumah? stret A+? famili?
atau nikmat berada dalam islam itu sendiri? nikmat iman?
tepuk dada tanya iman

Syeikh Khalid Ahmad Abu syahud pernah bertanya kpd hati-hati kita yg lembut,
" kalau hari ini hari terakhir kita, hati yang bagaimana yang kita nak bawak balik bertemu Allah s.w.t?"
**tertunduk kepala dan mengalir air mata**

kenapa kita susah sangat nak berubah?
sebab dalam diri kita ada satu keaiban yang kita sayang sangat nak lepas sekaligus menjadi penghalang untuk kita buat baik, susah untuk kita berubah
just sebab perkara aib itu.
nak kena buat apa? belajar benci benda tu. sikit-sikit inshaAllah

orang yang bijak ialah orang yang mempersiapkan dirinya untuk menghadapi mati .
sebab dia tahu, dia fikir, dunia ni hanya sementara.
sedangkan akhirat tu kekal selama-lamanyanya.
tak guna buat dosa banyak di dunia ni and end up duduk kat neraka selama-lamanyanya. kan?

last but not least, bila nak buat sesuatu tu tanya dulu kat diri sendiri,
" Allah suka tak kalau aku buat camni?"
inshaAllah kalau benda buruk kita takkan jadik buat. "

oleh bro hamzah.

and then,jumpa yang ini,

1. "kalau nak berubah kena ada plan jangka panjang and jangka pendek. tengok dari kisah penurunan Al-quran. Allah amik masa 23 tahun untuk turunkan Al-quran, untuk ubah masyarakat arab. Bukannya Allah x boleh turunkan bedebuk sekali terus! tapi sebab Allah tahu manusia kalau nak berubah kena sikit2. macam tulah kalau nak berubah, kena sikit2. bukannya sehari pergi teeace esoknya dah jadik ustaz/ustazah!"

2. penuhi masa dengan perkara2 berfaedah, perkara2 yang Allah redha.
gunakan tenaga yang ada untuk bangunkan Islam.
baca buku, bukannya baca fesbuk je! duk share sana, share sini (aduh terasa :P)
dah baca fiqh sirah? dah baca tafsir quran? siapa usamah bin zaid? tahu?
"Bacalah dengan nama Allah Tuhan yang maha pencipta" 96:1

3. iman turun naik tu normal.
cuma kalau turun tu, jangan biar turun terus!
sebaliknya, naikkan iman tu semula.
bahkan naikkan iman tu lebih tinggi lagi dari iman kita sebelumnya!

and last but not least, ayat paling sentap sekali,
" Jika anda tidak penting, Allah takkan hidupkan kita di dunia ini."

Hilal asyraf, founder langit ilahi .



Comments