Anugerah terindah

Tuhan,
Terima kasih.
Kau anugerahkan aku sahabat-sahabat yang baik.
Yang dapat menjaga aku dengan baik.
Yang selalu inginkan yang terbaik buat diriku.

Tuhan,
Terima kasih anugerahkan Najaa Ajlaa buat diriku,
Dia yang telah menyedarkan aku bahawa Kau hidup,
Kau sentiasa dengar dan memahami,
Dia yang menyedarkan aku bahawa Kau cinta,
Kau sentiasa cinta padaku dalam diam,
Dan,
melalui itu ku sedari,
melalui itu ku ingati,
Kau lebih mencintai diri ini,
Lebih dari seorang ibu mencintai anaknya,
Kau sentiasa mencukupkan keperluanku,
Kau sentiasa menjaga dan memelihara aku.

Hari-hari yang berlalu,
Kau jaga aku dari cinta,
Kau tak benarkan aku terluka,
Kau jaga aku dari kesedihan,
Kau limpahkan ketenangan dan kebahagiaan,
Kau jaga aku untuk bertahan di jalan ini,
Walau aku seringkali tidak yakin.

Tuhan,
Terima kasih anugerahkan aku Ilmi,
Yang selalu menjaga dan memastikan aku dalam keadaan baik dan selamat,
Yang selalu membimbing aku dalam membuat keputusan.
Terima kasih anugerahkan aku Haliah,
Yang selalu mendengar dan berada di samping aku disaat aku memerlukan,
Yang selalu memahami dan membantu aku,
Menguatkan semangat aku di kala jatuh.
Terima kasih anugerahkan aku Kak Aimi,
Yang selalu memberi cas positif untuk aku,
Yang selalu membawa aku mendekatiMu,
Yang selalu meyakinkan aku dan memupuk sangka baik dalam fikiran aku.
Terima kasih atas setiap nikmat kurniaan Mu Tuhan.
Mereka semua telah melengkapi aku.

Seringkali aku terlupa,
Seringkali aku keliru,
Akan hala tuju hidupku.
Menyebabkan masa telah banyak berlalu,
Berlalu tanpa mempunyai erti,
Alangkah rugi.
Tujuan utama hidup,
Perlu dilakar pada muka surat pertama Diari Hidup,
Agar sentiasa ingat dan hadam.



Comments