Tutup cerita lama yang memenatkan. Buka lembaran baru agar
hidup ini lebih indah. Usah lagi dibayangi masa-masa silam yang suram.
Teruskanlah melangkah.
Dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kelembah kebinasaan,dan perbaikilah perbuatan kamu..
(Al-Baqarah,195)
Aku mulakan dengan rangkaian kata yang Allah pilih untuk aku di celahan waktu ini.
Sungguh,punya makna tersendiri.Sangat tepat pada waktu dan keadaannya.
Hampir tidak kusedari,aku kini sudah meniti tahun ketiga di
bumi Barakah ini.Sudah lama hati tidak berbicara sendiri.Sudah lama bisikan ini terdiam sepi dan hanya memandang setiap episod kehidupan tanpa mendalami setiap erti.
Pelbagai sudah ceritera kehidupan yang ku alami.Pelbagai sudah perubahan dan perasaan
yang ku rasai.Semuanya mengundang persoalan di hati.Yang mana satu jalan yang
inginku jalani untuk lalui kehidupan selepas ini.
Dulu,aku lengkap berselindung di
sebalik kerudung itu.Aku lengkap berselindung di
sebalik kain itu.Aku malu jika membukanya.Aku malu untuk tampil bergaya.Namun kini aku
rasa
ingin mencuba segala benda.Aku jadi tertarik kepada setiap bentuk dan warna.Pelbagai gaya inginku cuba.Tapi,yang ku dapat hanya wang
yang semakin berkurang.Kerudung yang semakin singkat.Malu yang
semakin menghilang.Semuanya berlaku sedikit demi sedikit.Aku seolah-olah hilang malu begitu sahaja.Malah aku berasa bangga dapat melakukannya.Apakah ini semua?
Kawan-kawan ada cakap,
“ok je pakai jeans ni.Longgar.Tak nampak sangat pun bentuk kaki tu.”
“ok je tudung ni asalkan tutup dada.”
“ok je baju ni.Tutup je punggung tu.”
Aku pun pakai walaupun perasaan kekok itu hadir.
Ya,memang. Aku masih lagi mengikut syariat yang
ditetapkan.Aku masih lagi menutup aurat dan masih lagi menuruti perintahNya. Namun,aku
rasa punya beza.
Sehingga saat ini,aku kembali berfikir dan menilai antara aku yang
dulu dan aku yang sekarang.Mana satukah yang
lebih baik untuk diriku dan masa depanku?Apa panduan yang
dapat ku rujuk dalam membuat pilihan ini?
Dulu,setiap kali aku memandang kepada sesuatu yang lebih buruk,aku memohon supaya dijauhkan dan berbisik buruk kepada
orang itu tanpa disedari.Namun kini,segalanya berbalik kepadaaku.Setiap perkara yang
aku mohon dijauhkan,Allah timpakan padaku dan mengujiku.Ternyata aku agak lemah dalam menghadapinya.Baru aku dapat fahami
rasa hati orang yang aku bisikkan buruk padanya lama
dulu termasuklah adik aku sendiri.
Baru baru ini,aku begitu terkejut dengan mesej adik aku padaku.Dia menceritakan lelahnya dia dalam menghadapi hidup berlandaskan hawa nafsu.Dia mengadu padaku kuatnya cabaran
yang dihadapi.Sungguh aku tak menyangka.Dikala aku merasai rasa hatinya yang
dulu namun dia kini semakin bermujahadah mencari kembali jalan pulang.Aku terkesima.
Dalam meniti hari untuk pulang ke Malaysia
cuti musim sejuk ini,aku jadi terfikir.Apa imej dan qudwah yang
patut aku bawa pulang disisi keluarga setelah hampir dua tahun tidak menjejakkan kaki
kesana.Ya,pastinya disamping membuat pemilihan yang
sebenar apakah cara hidupku selepas ini.Semestinya ia perlu mendatangkan kebaikan kepada diriku,keluargaku dan zuriat keturunanku selepas ini.
Ya.
Diri aku hampir menjadi boneka.Boneka fesyen yang
entah dimana penghujungnya. Boneka nafsu yang entah kemana ingin dibawa.
Tiada pulangan yang aku dapat.Hanya sebuah pelaburan yang tiada nilai maknanya.
Masa tersisa begitu sahaja.
Aku harus mencari dan meniliti panduan Islam yang sebenar agar aku dapat membuat satu pilihan.Satu pelaburan
yang
memberi makna dan nilai.Bukan hanya untukku namun untuk seluruh manusia sekelilingku dan zuriat keturunanku.
Fikirlah ,diri!
Comments