strive!

strive!
Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu; tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya.” (riwayat al-Tirmizi)

Tuesday, 26 August 2014

(: Ceritera Indah :)

Assalamualaikum wbt.

Salam buat kalian yang sudi menjengah teratak maya saya ini.
Setelah berbulan-bulan teratak ini terbiar lagi,saya pun mengambil keputusan untuk kembali melawat dan memperkemaskan teratak usang ini dengan berkongsi sedikit cerita.

Alhamdulillah,cuti semester sudah ingin memasuki bulan ketiga.Dan pada pertengahan bulan September ini,akan bermulalah kembali perjuangan di Tahun Tiga.Doakan saya kuat dan teguh.

Apabila berakhirnya peperiksaan akhir pada awal bulan Julai yang lalu,ramai kawan-kawan saya mengambil keputusan untuk pulang bercuti di Malaysia.Seorang demi seorang housemate saya pulang dan akhirnya tinggal saya berseorangan di rumah yamg kami sewa yang terletak berhampiran dengan Restoran Abo Romi,sebuah restoran burger yang terkenal di Hayyu Sabi’.

Ya,tahun ini saya memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia atas beberapa sebab.Tipulah jika saya mengatakan saya tidak sedih apabila tidak pulang.Lagi-lagi majoriti  pelajar Malaysia di Mesir tahun ini pulang ke Malaysia.Namun,saya percaya punya hikmah yang bernilai untuk saya terus tinggal disini.Dan,ianya telah terbukti pun.

Peperiksaan tamat pada permulaan Ramadhan.Meniti hari-hari bulan itu di Mesir adalah satu pengalaman yang cukup berharga dan bermakna dalam hidup saya.Ramadhan di Mesir lebih meriah berbanding menyambut kedatangan Syawal.Ia tidak seperti di Malaysia yang berlaku sebaliknya.Saya ingin berkongsi secebis kenangan saya melalui Ramadhan di sini.

Ceritera 1
Satu malam,saya ingin keluar untuk menunaikan solat Terawih di masjid hadapan rumah,terkejut saya apabila melihat seluruh kedai di lorong itu tutup sedangkan Isyak baru menjengah.Apabila selesai menunaikan Terawih,saya pulang ke rumah.Tak lama selepas itu,saya menjenguk ke tingkap bilik saya dan melihat kedai-kedai itu kembali buka.Ternyatalah mereka menutup kedai untuk turut serta menunaikan Terawih.Subhanallah!

Saya lebih suka menunaikan Terawih di masjid yang berbeza-beza untuk mendapatkan pengalaman di setiap tempat. Kebanyakkan masjid di Mesir menunaikan Terawih 8 rakaat sahaja tetapi habis lewat kerana mereka membaca ayat al-Quran yang panjang.

Ceritera 2
Pada malam 27 Ramadhan,saya mengikuti rombongan pelajar PERUBATAN ke Masjid Amru al-‘As yang terletak agak jauh sebenarnya dari penempatan kami pelajar Malaysia.Namun,mengenangkan malam itu diberitakan bahawa Syeikh Jibril akan menjadi imam,kami menjadi teruja untuk bersama dengan beliau.

Sedang menunggu bas untuk bertolak ke Masjid Amru.
Suasana di dalam bas ketika ingin bertolak.

Setibanya di sana,alangkah terkejutnya saya apabila melihat lautan manusia yang sangat ramai.Satu ketika,saya ingin ke tandas sebentar untuk memperbaharui wudhuk.Apabila selesai berwuduk,ramainya orang sehingga saya tidak ada ruang untuk kembali turut serta berjemaah.Kawasan dalam dan luar masjid dipenuhi manusia.Apabila tibanya rakaat akhir Witir,imam akan membacakan doa qunut.Saat inilah saya dapat merasakan dan menyaksikan rintihan dan harapan hamba-hamba kepada Tuhannya.Rasa sayu dan sedih menyelebungi sehingga tidak sedar doa qunut itu dibaca selama hampir sejam.

Suasana di dalam masjid ketika menanti waktu berbuka.
Malam itu Terawih habis pada jam 11 lebih.Kami menanti bas untuk pulang.Namun,atas beberapa masalah,bas itu tiba jam 1 pagi.Walaupun keletihan namun kemeriahan malam itu masih menyegarkan mata.Pada jam 1 pagi itu,masjid telah mula menunaikan solat malam.Rata-rata masyarakat arab akan beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir dan mereka akan bangun bersama-sama untuk menunaikan solat malam.Mereka turut membawa ahli keluarga mereka untuk turut bersama-sama beriktikaf.

Suasana ketika sedang menunggu bas.
Ceritera 3
Di bulan itu juga,saya bersama aktivis-aktivis program Syantah Ramadhan ke rumah anak-anak yatim untuk meluangkan masa bersama mereka.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama seperti melukis,mewarna,menghiasi rumah mereka,dental check up dan sebagainya.Pertama kali dalam hidup saya dapat meluangkan masa dengan anak-anak yatim.Waaupun agak susah berkomunikasi dengan mereka kerana mereka kurang bertutur dalam bahasa arab Fusha,namun ia tidak menghalang kami untuk bermesra dan bermain bersama.Ia adalah pengalaman yang cukup berharga.

Happy day. :)

Ceritera 4
Di malam raya,saya mengikuti Program Gema Takbir yang mengisi jiwa dan rohani saya.Berada di majlis ilmu ketika orang lain sibuk membuat persiapan raya adalah satu kurniaan Allah yang berharga.Kami mendengar pengisian aidilfitri yang disampaikan oleh pengisi-pengisi yang sangat berpengalaman iaitu Dr Hamzah Marwan,Pengerusi Perubatan Cawangan Al-Azhar dan Penasihat Perubatan Universiti Ainshams.Kami bertakbir bersama dan menjamu selera bersama.Walaupun tiada keluarga disisi,Allah menganugerahi rakan-rakan yang yang sangat baik hati.

Para pengisi yang cukup mantap
Dari kiri,Dr Hamzah dan Penasihat PCS
Ceritera 5
Sepanjang Ramadhan,saya agak sibuk juga dengan Majlis Sambutan Hari Raya (MESRA) yang dianjurkan oleh PERUBATAN.Saya ditaklifkan sebagai setiausaha untuk program tersebut.Ini merupakan kali yang pertama saya mendapat taklifan sebagai setiausaha ditambah pula dengan bekerja untuk program di peringkat pusat yang melibatkan AJK dari setiap universiti di Mesir membuatkan saya rasa cukup cuak untuk menghadapinya.Sebelum ini,saya hanya berhadapan dengan mereka yang berada di Universiti al-Azhar sahaja namun kali ini berbeza.Dan bertambah cuak lagi apabila saya terpaksa berurusan dengan senior-senior dari tahun 5 dan 6 dan AJK atasan dari peringkat pusat.Walaupun begitu,alhamdulillah saya telah berjaya menghadapinya dan ianya pengalaman yang sangat manis dalam hidup saya.Mereka adalah insan-insan yang sangat baik dan yang telah banyak memberi banyak tunjuk ajar kepada saya.Alhamdulillah program yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah itu berjalan dengan lancar.

Mesra 2014.
Begitulah coretan Ramadhan saya di sini.
Pengalaman-pengalaman ini saya tidak akan dapat jika saya berada di Malaysia.Namun saya tidak menafikan saat terindah dalam hidup pastinya adalah bersama keluarga apalagi di pagi Raya yang mulia.Masing-masing Allah dan tentukan yang terbaik dan tinggal kita yang perlu memanfaatkan segalanya dengan sebaiknya.
Usah dikenangkan untungya meraka mendapat sesuatu yang kita sangka lebih baik dari kita namun kita yang perlu cari sesuatu yag bernilai yang ada pada kita sekarang kerana Allah itu Maha Adil yang memberikan setiap manusia itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Ingat,
Kita hanya hamba.
Laksanakan perintahNya dan jauhi laranganNya.
Sampai kita ketemu di syurga.

Sirru ‘ala barakatillah.

No comments:

1.Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

2.Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
~al-anbiya~