Monday, 13 September 2010

Al-Waqi'ah (1) -Mohammed Taha Al-Junaid

salah faham pemakaian tudung..

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.
Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.
1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:
“Dan hendaklah mereka menutupkan jilbab ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)

2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

Monday, 6 September 2010

TaRiaN jAri JEmaRi..

salam mahabbah kembali....lma sudh tak bertinta....asiff sebb kemalasn diri mmblggu d smpg tunggu masa yg sesuai untuk menukil...alhamdulillah..ALLAH kurniakan masa ini untuk jari jemari menari....
apa khabar antum shbt2 ana...??mcm mana iman kita..??amal kita..??jwbla pada diri sendiri....an yakin msh byk yg prlu kita prbaiki...ramadhan kita mcm mana..??adkh ia mnjadi wasilah pghijrhn yg sprti mana kita hrpkan...??jika belum..mrilah kia berusha mrealisasiknnya..smntra msih diberi peluang...MATI...prkataan krmat itu sentiasa smakin dkt dgn kita...brsama kita doakan mndpt husnul khatimah..ku amat khuatir skli apbila memkirknnya..tringt video saudra kia yg mati secra tiba2..tgh jalan kt tepi jln..tiba2,tiang lmpu jlnjatuh ats dy...duk tgh main bola..ALLAH tarik nyawa....takut jga bila memkrkn keadaan ketika brtemuNYA..keseorangn...hnya amal mnjdi penman,penerg,peluas kubur nnti....YA ALLAH....!!!

driku trasa selalu lemah..knapa..???ummi selalu berithu...spttnya kakak boleh kuat lg dri kwn2 akak sbb akak selalu dpt taujihd dr k ebah,k zaharoh..dn ramai lagi...mgkin aku hnya mndgr,memnta..tp tiada plksanaannya..algkh indh andai ada seseorg yg sellu dkt dgnku mmbisik kekuatn dlm tndkn...hnya ALLAH..

RABBKU...disni ku nukilkn cetusn htiku ...ampunkan aku...redhailah aku..ku tak kuat dlm melwnnya..aku rnduknMU..aku trasa sgt jauh dgnMU...aku sgt mrnduiMU....bwlh diriku kmbli kpdMU...YA ALLAH..BRSHKN HATIKU AGAR CINTAMU BISA MEMENUHI SGENAP RUANG HATI DN JIWAKU....YA TUHAN...DGRKN RAYUAN HAMBAMU DI USAI MALAM INI...

Friday, 13 August 2010

AYUHA SYABAB..!!

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut llelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al Mu"tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanita dibiar bebas,binasa.

Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,untuk mengangkat kemuliaan agama,
kina,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjiha d,tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
giri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq,Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelaki berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik,Syria.

*Dipetik dari novel Syabab Musafir Kasih,nurkilan,Fatimah Syarha Nordin....

Thursday, 29 July 2010

JIHAD ATAU "JIHAD"?

Namanya ialah Imad Hasan Ibrahim Aqal, salah seorang pejuang jihad yang digeruni kuffar. Dia ialah seorang 'top terrorist' di America. Mengapa?

Imad berasal dari Mukhayamm Jabaliya dan juga ahli Kata'ib Al-Qassam. Dari kecil, beliau ditanam dengan semangat jihad oleh ayahnya, Hasan Ibrahim Aqal. Semasa Intifadah, beliau bersama rakan-rakan beliau melastik dan membaling batu terhadap tentera Israel. Beliau teringin belajar dalam bidang perubatan setelah taman sekolah menengah namun beliau ditangkap bersama abangnya oleh tentera Israel kerana terlibat dalam gerakan Hamas. Setelah
dibebaskan pada 1990, beliau masih berpegang dengan matlamat jihad dan syahidnya.

Kenapa beliau terlau digeruni oleh Israel?

Imad, seorang pejuang jihad telah menyertai beberapa operasi dalam memerangi tentera Israel. Dalam operasi-operasi tersebut, beliau telah membunuh ramai tentera Israel sehingga Beliau terlalu ditakuti oleh mereka. Haha...baru seorang lelaki yang berpegang kuat dengan janji Allah sudah tentera Israel takut. Imad seorang yang licik dan cerdik. Kelicikannya dalam membunuh tentera Israel sampai kepada pihak atasan dan kerajaan Israel.Perdana Menteri, Yitshak Rabin menggesa Imad keluar dari Palestin dengan baik dan tuduhan atas segala kelakuannya terhadap Israel dilepaskan. Apa kata Imad? "Sesungguhnya Rabin tidak dapat mengubah pendirianku untuk yang telah berikrar menempah maut".

Dia kembali ke Gaza untuk tentang Yahudi. 25 Nov 1992,dia dapat tembak seorang Yahudi di pintu Hayyu Syeikh Ridhuan. Sebulan kemudian, beliau dapat bunuh tiga orang tentera Israel termasuk seorang yang berpangkat tinggi. Di dapat bunuh tiga orang lagi pada 20 Mac 1993. Dengan semua pembunuhan itu, namanya semakin panas dan menjadi mimpi ngeri tentera Israel.

Oleh itu. pemimpin Kata'ib Al-Qassam minta beliau keluar untuk keselamatannya kerana mereka sayangkan Imad. Namun, Imad tetap dengan pendiriannya dan hendak kekal di Palestin sehingga dia mati syahid. Pada 24 November 1993, beliau syahid dibunuh tentera Israel.

Bagaimana beliau syahid? Bacalah kisahnya di bawah...

Petang itu, Imad berbuka puasa sunat di rumah rakannya, Farhat. Pada 5.15 petang, beliau terdengar bunyi deruan enjinyang kuat diluar rumah.Imad menganngarkan bahawa terdapat kenderaan dalam lingkungan 20 buah berdasarkan bunyinya yang kuat. Ketika Imad menjenguk keluar tingkap, beliau ternampak dalamlingkungan 60 buah kenderaan perang Yahudi.. Jika satu kenderaan alam 10 orang,maka terdapt 600 orang Yahudi yang mengepung rumah tersebut.Kawasan di Hayyus Syuja'ah menjadi kabut. Penduduk ketakutan dan masuk ke rumah masing-masing.

Namun, apa kata Imad "Inilah masanya untuk saya SYAHID!!!" Imad terus naik ke bumbung rumah Farhat (atapnya daripada batu dan rata) dan menunaikan dua rakaat solat sunat. Dia meminta Allah merestui segala perjuangannya ssebelum ini

Sebutir bom dicampak kearahnya sebelum Imad sempat selesaikan solatnya. Imad bangkit dan buat serangan balas. Keadaan tidak begitu jelas kelihatan kerana asap bom. Imad serang secara rambang.Tentera Israel Serang dengan bertalu-talu dan menggila. Selepas berapa lama kemudian, tiada lagi serangan dari pihak Imad. Tentera Yahudi berasa Imad telah mati namun beliau masih takut untuk mengesahkannya,kalau-kalau ia adalah salah satu helah daripada Imad. Lantas, tentera Israel yang lengkap dengan pakaian tentera dan bersenjata, mereka mendekati rumah Farhat. Mereka saling tolak-menolak sesama mereka kerana TAKUTKAN Imad.

Disebabkan itu, mereka memanggil jiran di sebelah untuk mengesahkan kematian Imad. Jiran itu keluar dan memberitahu bahawa imad telah mati namun mereka masih belum mempercayainya. Mereka menyuruh jiran itu bawa mayatnya keluar. Farhat membawa keluar mayat Imad sebelum jiran itu masuk.

Akhirnya, barulah mereka percaya. Belum cukup dengan itu, mereka mencencang mayat Imad dengan pisau. Setelah puas menembak dan mengelar mayat Imad sehingga hancur, mereka sorak gembira sambil melepaskan tembakan ke udara.

Mayat Imad diusungi oleh berpuluh ribu rakyat Palestin....

Itulah JIHAD orang di Palestin. Bagaiman 'JIHAD' sebahagian rakyat Malaysia? Ibubapa mengajar anak jual dadah, guna senjata dan sebagainya. Suami menyuruh isteri melacur diri. Hari Kekasih disambut, 'pejuang' rempit berlegar-legar di jalan raya. Tempah bilik di hotel murah, rasuah oleh pihak atasan kerajaan, maksiat berleluasa, zina, mencuri, merogol, membunuh, menculik, merompak, menyamun, buat geng gangster, budak-budak sekolah yang buat geng gangster dan tunjuk lagak kuat macam Genji,padahal Allah Maha Kuat.

Betulkah negara Malaysia aman? Betulkah negara Malaysia negara ISLAM???Fikir-fikirlah sendiri.

Wassalam.....

Duhai Kalbu..

Duhai kalbu..

Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..

Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..

Dalam kepiluan menerima suratan..

Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…

Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…

Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…

Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..

Sok kuat tiada maknanya seketika..

Hakikat insaniah yang lemah…

Merungkai kebenaran…

Ya Allah yang maha kuasa..

Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..

Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah

Natijah disebalik kepayahan..

Rahmat disebalik ujian…

Dan nikmat disebalik musibah..

Kugagahi jua perjalanan ini..

Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..

Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..

Ketentuan dan ketetapan…

Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…

Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..

Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..

Keutamaan cinta yang kekal abadi…

Nuhassilu biha birridho…

..hanim yusra..

Bertumpunya Mahabbah "cinta" pada Pengenalan terhadap Snag Kekasih..

Kelazatan yang dirasakan bergantung kepada cinta yang dimiliki.Semakin besar cinta dan rindu seseorang semakin bertambah pula kelazatan berjumpa dengan yang dicintainya.Sedang,mahabbah dan kerinduan bergantung kepada pengenalan dan pengetahuan tentang yang dikasihi.Semakin mengenal dia.maka kian dalam cintanya.Begitu juga seorang mukmin.Bertambah dalam pengetahuannya tentang Allah,asma dan sifat-sifatNya,maka akan bertambahlah cintanya kepadaNya dan akan bertambah pula kelazatan berjumpa dan dekat kepadaNya.
Ketahuilah bahawa setiap kelazatan,kegembiraan,dan kenikmatan dibandingkan dengan kelazatan dan kenikmatan cinta dan dekat dengan Allah adalah laksana setitis air dalam lautan.KESEMPURNAAN SEORANG HAMBA BERGANTUNG KEPADA DUA KEKUATAN YANG DIMILIKINYA,IAITU ILMU DAN MAHABBAH.Adapaun sebaik-baiknya ilmu adalah ilmu tentang Allah,dan mahabbah paling tinggi adalah mencintai Dia,sedang kelazatan yang dirasakan sedikit banyaknya bergantung kepada keduanya...

SaLaM mAhAbBaH..!!

Head in the clouds

 Bismillah. Hi, Assalamualaikum, meet you again after a while. How are you ? Hows your life ? Are you happy ? Are you feel contented? Hopefu...